KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024, disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
"Pelancongan dijangka terus bertambah baik manakala pelaksanaan projek berbilang tahun yang baharu dan sedia ada oleh sektor swasta dan awam akan menyokong aktiviti pelaburan.
"Bagaimanapun, pertumbuhan dalam negeri masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri," menurut bank pusat itu.
BNM menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara akan mendorong kepada lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang lebih tinggi antara 1.8 peratus dan 2.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 -- suatu peningkatan berbanding 1.2 peratus daripada KDNK pada 2023.
Tahun lepas, Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 3.7 peratus disokong oleh aktiviti ekonomi dan keadaan pasaran pekerja yang terus pulih, meskipun dalam persekitaran luaran yang mencabar.
Permintaan Dalam Negeri Kekal Pemacu Utama
BNM menjangkakan permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pada 2024, dengan perbelanjaan isi rumah diunjurkan akan berkembang pada kadar yang lebih pantas sebanyak 5.7 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2023 disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang semakin baik berikutan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi dan bantuan bersasar oleh kerajaan.
"Hal ini sebahagiannya dapat mengurangkan kesan kos sara hidup yang lebih tinggi, pelaksanaan cukai barangan bernilai rendah serta kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan terhadap perbelanjaan isi rumah," katanya.
Pelaburan swasta dijangka bertambah baik sebanyak 6.1 peratus pada 2024 berbanding 4.6 peratus pada 2023, disokong oleh projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan serta usaha berterusan dalam automasi dan pendigitalan dalam keadaan kapasiti yang terus mengembang, menurut BNM.
Sementara kadar pengangguran diunjurkan berkurangan kepada 3.3 peratus, pertumbuhan guna tenaga dijangka terus berkembang, disokong oleh permintaan yang berterusan terhadap pekerja, katanya.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, antara 2.0 peratus dan 3.5 peratus pada tahun ini, berikutan tekanan kos yang terkawal susulan keadaan bekalan global yang bertambah baik.
Pengembangan Dalam Kebanyakan Sektor Ekonomi
Kebanyakan sektor diunjurkan berkembang pada 2024, dengan sektor perkhidmatan dan perkilangan akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan keseluruhan.
BNM mengunjurkan sektor perkhidmatan berkembang sebanyak 5.5 peratus pada tahun ini berbanding 5.3 peratus pada 2023, didorong terutamanya oleh peningkatan dalam subsektor berkaitan perniagaan.
"Pemulihan dalam permintaan luaran dan pelaksanaan projek pembinaan swasta serta awam yang berterusan akan menyokong subsektor harta tanah dan perkhidmatan perniagaan serta subsektor pengangkutan dan penyimpanan
"Selain itu, pelancaran liputan rangkaian 5G yang lebih luas dan peningkatan langganannya akan memacu pertumbuhan dalam subsektor maklumat dan komunikasi," katanya.
BNM berkata sektor perkilangan dijangka berkembang sebanyak 3.5 peratus pada 2024 daripada 0.7 peratus pada 2023, disokong oleh pemulihan dalam industri berorientasikan eksport dan pertumbuhan berterusan dalam kelompok berorientasikan dalam negeri.
Sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 6.7 peratus pada tahun ini, perlombongan dan pengkuarian (3.5 peratus), namun pertanian dijangka menguncup sebanyak 0.5 peratus kerana keadaan cuaca kering yang dikaitkan dengan El Nino dan kesan kurang pembajaan pada tahun-tahun terdahulu akan menyebabkan pengeluaran minyak sawit yang lebih rendah.
Landskap Pelaburan Yang Rancak
BNM mengunjurkan pelaburan swasta dijangka bertambah baik kepada 6.1 peratus pada tahun ini berbanding 4.6 peratus pada tahun lepas, disokong oleh projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan serta usaha berterusan dalam automasi dan pendigitalan dalam keadaan kapasiti yang terus mengembang.
Pelaburan awam yang berterusan dalam projek pengangkutan dan infrastruktur digital berskala besar juga akan menyokong pertumbuhan, di samping usaha pembaharuan berterusan oleh kerajaan untuk mempertingkat ekosistem pelaburan dan pelaksanaan inisiatif di bawah pelan induk strategik.
"Projek-projek pemangkin dan bidang tumpuan di bawah pelan induk utama negara seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dijangka memberikan sokongan kepada aktiviti pelaburan.
Bagi tahun ketiga secara berturut-turut, pelaburan awam diunjurkan berkembang sebanyak 6.2 peratus -- melangkaui pertumbuhan purata sebelum COVID-19 sebanyak -0.2 peratus.
BNM percaya peningkatan itu didorong oleh kerajaan dan syarikat awam.
Pelaburan awam termasuk projek infrastruktur berskala besar yang sedang dilaksanakan seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo dan Rapid Transit System Link (RTS Link), menurut BNM.
Aktiviti Perdagangan Bertambah Baik
Eksport kasar Malaysia dijangka pulih dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.0 peratus pada 2024 berbanding penguncupan sebanyak 8.0 peratus pada 2023.
Eksport perkilangan, yang mencakupi 85 peratus daripada jumlah eksport Malaysia, diunjurkan berkembang sebanyak 4.7 peratus pada tahun ini manakala eksport komoditi dijangka berkembang sebanyak 6.5 peratus dalam keadaan harga minyak sawit mentah yang lebih tinggi.
"Unjuran eksport tertakluk kepada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Hal ini berpunca terutamanya daripada kegiatan ekonomi rakan perdagangan utama yang lebih lemah daripada jangkaan, gangguan pengeluaran komoditi dalam negeri yang tidak dijangka serta konflik geopolitik yang semakin meruncing.
"Bagaimanapun, limpahan peningkatan kitaran teknologi global yang lebih kukuh daripada jangkaan dapat memberikan sokongan tambahan terhadap eksport Malaysia," katanya.
Import kasar diunjurkan berkembang sebanyak 5.4 peratus pada 2024 berbanding penguncupan sebanyak 6.4 peratus selaras dengan eksport yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri yang semakin meningkat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Perkembangan ekonomi Malaysia untuk 2024 disokong oleh permintaan dalam negeri yang terus berkembang dan peningkatan permintaan luaran. - Foto Bernama
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.