awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
[TERKINI] Miha calon BN untuk PRK DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia kesal layanan tidak adil EU ke atas minyak sawit

Bernama
Bernama
16/07/2017
12:59 MYT
Malaysia, Indonesia kesal layanan tidak adil EU ke atas minyak sawit
Malaysia dan Indonesia dijangka bertemu pada akhir Julai 2017 bagi membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan minyak sawit.
Malaysia dan Indonesia hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap layanan tidak adil ke atas minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU), yang memihak kepada minyak sayuran dan komoditi lain.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan Indonesia, Enggartiasto Lukita bertemu di Kuching, Sarawak, pada 13 Julai sempena mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia kali ketiga.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan isu Resolusi EU ke atas Minyak Sawit dan Penanaman semula Hutan Hujan.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua menteri berkenaan menimbang untuk membawa isu ini ke Pertubuhan Perdagangan Dunia andai resolusi EU itu merupakan arahan selain berbentuk diskriminasi.
Mereka berkata resolusi EU itu yang merupakan amalan perlabelan tidak adil oleh sektor swasta di EU, bukan sahaja akan menjejaskan teruk eksport minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia ke pasaran EU, malah kehidupan berjuta-juta pekebun kecil.
Malaysia dan Indonesia juga menerusi kerjasama Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), dijangkakan bertemu pada akhir Julai 2017 bagi membincangkan dan menyelaraskan isu-isu berkaitan minyak sawit, termasuk misi bersama CPOPC ke Eropah untuk bertemu pihak dan pemegang kepentingan yang terlibat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#EU
#Indonesia
#Kesatuan Eropah
#minyak
#minyak sawit
#Mustapa Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan