KUALA LUMPUR: Malaysia terus menerajui Indikator Ekonomi Islam Global (GIEI) bagi tahun ketujuh berturut-turut, dipacu oleh ekosistem ekonomi halal yang pesat susulan negara memberi pengaruh yang besar dalam sektor kewangan Islam dan makanan halal.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Halal (HDC), Datuk Mahmud Abbas berkata, Malaysia mengesahkan kedudukannya sebagai hab halal global terkemuka pada 2020 dengan merekodkan nilai eksport tahunan RM31 bilion bagi produk halal dan pada masa sama menarik pelaburan bernilai RM0.6 bilion kepada Taman Halal Malaysia.
"Setakat ini, sebanyak 28,000 pekerjaan telah diwujudkan menerusi usaha ini.
"Malaysia mempunyai 6,727 syarikat yang mempunyai persijilan halal, dan daripada jumlah itu 1,507 adalah pengeksport dan lebih 1,300 merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Forum Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)-HDC 2021 bertemakan 'Memacu Pertumbuhan Melalui Pasaran Modal Islam' yang diadakan secara maya pada Khamis.
Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai 1.3 juta perniagaan, dan daripada jumlah itu 90 peratus dikategorikan sebagai PKS, termasuk 200,000 yang menjalankan perniagaan berkaitan halal.
Sememangnya terdapat potensi yang amat besar untuk industri halal ini berkembang lebih jauh, katanya.
"Pasaran Asia Timur Laut seperti Jepun, China dan Korea Selatan juga telah menyertai industri ini dan membuka pasaran mereka untuk modal Islam dan pelancongan mesra Muslim," katanya.
Mahmud berkata sekatan pergerakan di seluruh dunia telah menimbulkan persoalan mengenai keperluan sara diri produk penting tertentu yang meliputi farmaseutikal, peralatan perubatan dan makanan.
Beliau berkata bagi industri makanan halal sahaja, ia bernilai US$1.6 trilion, manakala industri kosmetik dan farmaseutikal halal masing-masing bernilai US$39 bilion dan US$97 bilion.
Menjelang 2030, sektor makanan dan minuman halal global diunjurkan bernilai US$2.1 trilion.
"Justeru, wujud peluang dalam industri halal ini yang bukan hanya dari segi perniagaan malah lebih penting kemampuan untuk memenuhi kecukupan negara," katanya.
Forum SC-HDC 2021 selama dua hari itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pengumpulan dana berasaskan pasaran patuh syariah bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutama yang tergolong dalam ekonomi halal.
Pada acara itu, SC turut memperkenalkan inisiatif terbarunya, Kit Panduan Penilaian Penyaringan Syariah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Tidak Tersenarai, dalam usahanya menambah baik ekosistem bagi aktiviti pengumpulan dana patuh syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021
Malaysia mengesahkan kedudukannya sebagai hab halal global terkemuka pada 2020 dengan merekodkan nilai eksport tahunan RM31 bilion bagi produk halal. - Gambar hiasan/Bernama
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
KL20: Malaysia menuju ke arah bandar pintar, perkukuh infrastruktur digital
Inisiatif Malaysia untuk mengubah bandarnya menjadi hab pintar bertujuan untuk menarik pelaburan antarabangsa yang lebih besar.
Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.
Malaysia catat 276 penyelidikan klinikal tajaan tahun lepas - Dzulkefly
Malaysia telah mencatatkan jumlah bersejarah sebanyak 276 penyelidikan klinikal tajaan baharu tahun lepas iaitu peningkatan ketara 24 peratus dari tahun ke tahun.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
Malaysia berhasrat jadi 20 negara terbaik ekosistem pemula niaga global
Malaysia berhasrat menjadi antara 20 negara terbaik dalam ekosistem pemula niaga global menjelang 2030 dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab pemula serta digital serantau.