awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, New Zealand perkukuh kerjasama dalam peralihan tenaga, perubahan iklim

Bernama
Bernama
27/08/2025
12:57 MYT
Malaysia, New Zealand perkukuh kerjasama dalam peralihan tenaga, perubahan iklim
Dalam pertemuan Fadillah dengan Simon Watts adalah untuk membincangkan mengenai kerjasama dua hala antara kedua-dua negara. - Facebook Fadillah Yusof
BUSAN: Malaysia dan New Zealand akan meneroka peluang pelaburan dalam bidang peralihan tenaga serta menjalin kerjasama dalam inisiatif perubahan iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Malaysia dan New Zealand bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang tenaga khususnya tenaga geotermal.
Perkara tersebut dibincangkan semasa pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya, Menteri Perubahan Iklim dan Tenaga New Zealand Simon Watts hari ini untuk membincangkan mengenai kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Fadillah kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke sini sehingga 29 Ogos, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-15.
Sementara itu, Fadillah turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Siow Huang.
Perbincangan bersama Gan memfokuskan kepada pengukuhan Grid Kuasa ASEAN dengan perluasan rangkaian kesalinghubungan di rantau ASEAN.
APEC EMM15 merupakan mesyuarat peringkat menteri di bawah kerangka APEC dan kesinambungan daripada sesi terdahulu yang berlangsung di Lima, Peru tahun lepas.
Antara agenda utama mesyuarat adalah perbincangan mengenai dasar dan inisiatif sektor tenaga selain usaha menggalakkan kerjasama serta pelaburan dalam kalangan ekonomi APEC.
Korea Selatan menjadi tuan rumah pada edisi kali ini, dengan tema mesyuarat bertajuk "Accelerating Sustainable, Affordable, Reliable, Secure and Innovative Energy for a Prosperous Future".
Hasil mesyuarat akan dimuktamadkan melalui satu Kenyataan Bersama Menteri-Menteri Tenaga APEC (JMS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#New Zealand
#kerjasama
#bidang tenaga
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan