KUALA LUMPUR: Di peringkat global, secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-27, mendahului Thailand (37) dan China (39).

Mengulas mengenai pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia adalah bukti kepada usaha Malaysia dalam mempertingkat kemudahan menjalankan perniagaan dan menangani kekangan utama yang dihadapi oleh pelabur.

"Kami amat gembira dengan pengiktirafan ini yang mencerminkan fokus kami kepada pelaksanaan pelaburan yang diluluskan secara cekap.

"Pengiktirafan ini akan mendorong kami ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk membantu pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke Asia," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas laporan itu.

"Kategori tersebut ialah persepsi perniagaan, asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, rangka kerja institusi serta piawaian dan dasar antarabangsa," katanya.

"Prestasi luar biasa Malaysia dalam rangka kerja institusi sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh, berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dalam subkategori GOI ini.

"Selain persepsi perniagaan dan perkhidmatan kewangannya yang kukuh, Malaysia berada di kedudukan yang agak tinggi dalam kategori rangka kerja institusi, sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh di negara ini," katanya.

-- BERNAMA