Skip to main content

Bisnes

Malaysia teroka peluang sertai rantaian bekalan aeroangkasa Embraer - Mohamed Khaled

Mohamed Khald berkata, pertemuan itu membuka ruang untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekosistem hiliran tempatan. - Foto Facebook/Khaled Nordin
Mohamed Khald berkata, pertemuan itu membuka ruang untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekosistem hiliran tempatan. - Foto Facebook/Khaled Nordin

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia meneroka peluang kerjasama dengan syarikat aeroangkasa dan pertahanan dari Brazil Embraer Defense & Security bagi membolehkan negara menyertai rantaian bekalan syarikat itu di peringkat serantau serta global.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Komersial syarikat berkenaan Frederico Lemos di Wisma Pertahanan pada Jumaat.

Beliau berkata syarikat itu mempunyai kepakaran dalam pembangunan pesawat serta penyelesaian pertahanan bersepadu.

“Pertemuan ini membuka ruang untuk meneroka kerjasama dalam pembangunan ekosistem hiliran tempatan, termasuk peluang Malaysia menyertai rantaian bekalan Embraer di peringkat serantau dan global.

“Potensi ini selari dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement