awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak akan alami kegawatan ekonomi tahun ini - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
15/03/2023
07:44 MYT
Malaysia tidak akan alami kegawatan ekonomi tahun ini - Kementerian Kewangan
Steven Sim berkata takrifan kegawatan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kegawatan ekonomi pada 2023 meskipun berdepan dengan cabaran ketidaktentuan global.
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata takrifan kegawatan ekonomi secara teknikal adalah apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.
"Pada tahun ini, kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.5 peratus. Ini seiring dengan apa yang telah diunjurkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, masing mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 4.4 peratus dan 4.0 peratus tahun ini.
"Kerajaan akan terus mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan yang saksama untuk rakyat serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik dengan memudah cara proses pelaburan, mewujudkan lebih banyak syarikat pemula berinovasi tinggi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah kegawatan ekonomi pada 2023 untuk meminimumkan kesannya kepada rakyat Malaysia.
Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, Sim berkata kerajaan akan terus melaksanakan pemberian subsidi dan bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan juga pelbagai insentif dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM64 bilion.
Selain itu, kerajaan juga melaksanakan program Menu Rahmah dan Jualan Rahmah di bawah agenda Payung Rahmah, meneruskan program penetapan harga siling serta penyeragaman harga bagi barangan keperluan asas tertentu, katanya.
Bagi membina semula Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam tempoh pasca pandemik, Sim berkata kerajaan telah menyediakan dana insentif, potongan cukai, pinjaman dan jaminan pembiayaan dengan peruntukan lebih RM40 bilion.
Melalui pemerkasaan sektor PMKS, secara langsung kita membangunkan ekonomi negara dan secara tidak langsungnya mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan setimpal untuk rakyat, katanya.
Beliau berkata selain peruntukan subsidi, kerajaan turut melaksanakan subsidi bersasar dalam bil elektrik bagi 10 peratus pengguna teratas .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#cabaran ketidaktentuan global
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#Bank Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan