PUTRAJAYA: Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut beliau, perbincangan berkenaan perkara itu ketika ini adalah bersifat pramatang memandangkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan global kepada 3.6 peratus pada tahun ini.
"Walau bagaimanapun, kita masih bimbang terhadap risiko ke atas ekonomi seperti peperangan di Ukraine, harga komoditi yang tinggi dan pengetatan dasar monetari global. Maka, kerajaan perlu memastikan fiskal fleksibiliti pada masa hadapan dapat menguruskan risiko berkenaan.
"Jadi, ini sebabnya kita berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal secara beransur-ansur daripada 6.4 pada tahun 2021 kepada 6 peratus pada tahun 2022, selain merasionalisasi subsidi bersasar.
"Jadi, kegagalan untuk melunaskan obligasi hutang adalah risiko utama disebabkan oleh kemelesetan global tetapi tidak berisiko kepada Malaysia. Risiko ini dapat dikurangkan kerana separuh daripada hutang luar jika dibandingkan adalah kurang daripada tiga peratus dalam mata wang asing.
"Kita juga mempunyai lokaliti domestik yang mencukupi untuk membiayai sektor kerajaan dan swasta dari segi pinjaman dan keperluan," katanya dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai situasi ekonomi negara pada suku kedua tahun ini pula, Tengku Zafrul berkata momentum pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap positif, iaitu lima peratus pada suku pertama, dijangka berterusan.
Jelas beliau lagi, ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.
"Kita dapat lihat aktiviti ekonomi dan pasaran buruh terus pulih dan sempadan antarabangsa pun telah dibuka.
"Jadi, InsyaAllah pelancong mula datang dan aktiviti perdagangan dan perkhidmatan pun akan meningkat. Ia akan membantu pertumbuhan dan langkah yang diumumkan dalam Bajet 2022 adalah bajet yang mengembang dan mempunyai kesan pengganda tinggi," kata Tengku Zafrul.
Katanya lagi, program Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) turut akan membantu poses pemulihan ekonomi negara.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama 2022, berbanding 3.6 peratus pada suku keempat 2021.
Pertumbuhan ini antaranya disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik, pemulihan dalam pasaran buruh; pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar; serta sokongan dasar yang berterusan.
Hasimi Muhamad
Tue May 17 2022
Ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus pada tahun 2022, disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kukuh sebanyak 4.7 peratus pada 2024 - MIDF Research
Pertumbuhan itu dijangka disokong oleh pemulihan perdagangan luar, di samping pertumbuhan mampan dalam perbelanjaan domestik.
10 risiko utama global dalam dua tahun akan datang - WEF
Memasuki tahun 2024, keputusan Tinjauan Persepsi Risiko Global (GRPS) 2023-2024 menunjukkan pandangan umum yang negatif terhadap prospek dunia dalam masa dua tahun.
New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi
New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.
Malaysia tidak berdepan kemelesetan, KDNK suku kedua cerminkan kelembapan kitaran perniagaan - Ahli ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, data KDNK terkini adalah di bawah jangkaan dan ekonomi Malaysia jelas terdedah kepada kelembapan luaran.
ISWC2023: Perkukuh wang simpanan sewaktu ekonomi stabil - Dr Norma
Masyarakat disaran agar bijak mengurus wang perbelanjaan selain merebut peluang untuk memperkukuhkan simpanan sewaktu ekonomi dalam keadaan yang positif.
Malaysia tidak terjerumus dalam kemelesetan ekonomi - Gabenor BNM
Antara faktor positif tersebut adalah disebabkan oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, peluang pekerjaan dan pelaburan.
WEF2023: EU, UK, AS berdepan kegawatan , sebaliknya bagi Asia - S&P Global
Bagaimanapun, unjuran yang dibuat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, S&P Global, Douglas L. Peterson itu berbeza bagi rantau Asia.
Ringgit ditutup rendah susulan kebimbangan kemelesetan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut hari ini.
Bilionair nasihat penduduk jangan beli kereta, TV
Ahli perniagaan itu berkata orang ramai harus menangguhkan pembelian besar dan menyimpan untuk masa depan.
Kebanyakan negara Kesatuan Eropah alami kemelesetan pada suku keempat tahun ini
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun depan.