awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
29/10/2024
22:00 MYT
Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul mengadakan perbincangan secara maya bersama Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis bagi membincangkan mengenai FTA kedua-dua negara. - Foto X/@tzafrul_aziz
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia komited untuk meneruskan rundingan FTA bersama EU.
"Walaupun masih ada aspek yang perlu diperincikan sebelum rundingan boleh dimulakan, saya yakin kedua-dua pihak akan berusaha menjadikannya kenyataan kerana FTA ini akan membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi Malaysia dan EU," katanya menerusi catatan di laman X pada Selasa.
Malaysia komited untuk meneruskan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas bersama EU. Hari ini saya mengadakan perbincangan bersama Naib Presiden Eksekutif EU, Valdis Dombrovskis, bagi memperhalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian pic.twitter.com/foNagzJbF7
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) October 29, 2024
Terdahulu, Tengku Zafrul mengadakan perbincangan secara maya bersama Naib Presiden Eksekutif EU Valdis Dombrovskis bagi membincangkan mengenai FTA kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah Charles Michel di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan di Laos baru-baru ini, telah menyatakan hasrat kepada EU untuk meneruskan perbincangan mengenai FTA Malaysia-EU.
Anwar turut menyatakan beberapa pandangan berhubung Peraturan Penyahhutanan EU (EUDR) yang memberi kesan langsung terhadap industri sawit di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#industri sawit
#Kesatuan Eropah
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan