Penerbangan terus yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu bakal menarik lebih ramai pelancong ke Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata penerbangan antarabangsa terbaharu itu akan memberi ruang kepada pihaknya untuk mempromosikan Kelantan kepada pelancong asing.
"Melalui penerbangan ini, pelancong asing dari pelbagai negara yang melancong ke Thailand diberi peluang menikmati percutian di Kelantan.
"Kita jangka ini akan memberi peluang untuk kita mempromosikan negeri ini sekali gus meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Kelantan bagi mencapai sasaran keseluruhan 5.23 juta pelancong domestik dan antarabangsa setahun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan lebih 50 pelancong antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini pada Isnin menerusi penerbangan sulung Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani.
Turut hadir Pengurus Besar Malaysia Airport Sdn Bhd (MAB), Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, Abdul Halim Othman.
Melalui kerjasama itu, Malindo Air akan mengadakan penerbangan dua kali seminggu bagi laluan berkenaan iaitu pada setiap Isnin dan Selasa.
Md Anizam berkata pihaknya akan menyediakan kemudahan antaranya beca elektrik secara percuma bagi memberi peluang kepada pelancong mengenali Kelantan dengan lebih dekat.
"Pelancong akan dibawa mengelilingi bandar Kota Bharu untuk mengenali budaya dan warisan Kelantan, keindahan alam semula jadi serta menikmati makanan," katanya.
Sementara itu, Abdul Halim berkata LTSIP menerima kira-kira 40 penerbangan sehari dengan hampir 2,000 penumpang pada hari biasa.
Katanya, jumlah itu meningkat kepada hampir 60 penerbangan pada waktu puncak dengan 3,000 penumpang dan10 peratus daripadanya adalah pelancong luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 17 2018
Pesawat penerbangan pertama Malindo Air OD 0535 ATR 72-600 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Surat Thani, Thailand selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, 17 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Malindo Air lancar penerbangan terus dari Surat Thani, Thailand ke Kota Bharu
Penerbangan antarabangsa terbaharu itu akan memberi ruang kepada Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan untuk mempromosikan Kelantan kepada pelancong asing.