KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Keyakinan itu berdasarkan unjuran lonjakan permintaan kepada 450 bilion helai sarung tangan menjelang 2027 meskipun permintaan menyusut kepada 307.2 bilion pada 2023, katanya.
Menurut MARGMA peningkatan permintaan dalam pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, mendorong trajektori itu, serta penggunaan sarung tangan yang semakin meluas dalam sektor bukan perubatan selepas COVID-19, termasuk hotel, restoran, kafe, industri semikonduktor, dan lain-lain.
"Majlis Getah Malaysia (MRC) menjangkakan lonjakan permintaan dan bersedia untuk menyokong industri dalam mencapai sasaran pertumbuhannya.
"Kerjasama dan pandangan dikongsi akan menjadi penting dalam keutamaan kerajaan tempatan dan permintaan antarabangsa," kata persatuan itu dalam satu kenyataan.
Presiden MARGMA Oon Kim Hung berkata permintaan sarung tangan getah global mengalami turun naik, namun komitmen dalam memenuhi permintaan sarung tangan berkualiti tinggi kekal kukuh.
Dalam hal ini kami harus mengutamakan keadilan, ketelusan dan kemampanan dalam semua amalan kami dan khususnya amalan penetapan harga kami, katanya.
Beliau berkata beberapa cabaran terbesar yang masih berlarutan termasuk harga purata jualan (ASP) yang rendah dan isu lebihan bekalan, namun ini tidak bermakna pemain industri sarung tangan getah Malaysia perlu melanggar etika untuk mengatasi persaingan sengit daripada pemain serantau.
"Kita boleh melaksanakan inisiatif lain untuk menangani daya saing ini seperti mendapatkan sokongan kerajaan dalam pelbagai perkara. Kami telah merayu kepada kerajaan untuk menghapuskan segera duti eksport ini, bagi membolehkan industri mengatasi cabaran semasa dan meningkatkan daya saing globalnya dalam era pasca pandemik," kata Oon.
MARGMA turut menyokong usaha untuk memperkemas dasar seperti Perjanjian Pembekalan Gas (GSA) dan pemansuhan serta-merta duti eksport untuk meningkatkan daya saing industri.
Ini kerana menurut Oon, selama dua dekad, industri sarung tangan getah dibebani duti eksport 0.2 peratus, melibatkan pembayaran kira-kira RM500 juta.
"Dalam tahun-tahun terbaik kami, duti ini berjumlah antara dua dan tiga peratus daripada keuntungan kasar kami.
"Bagaimanapun, memandangkan iklim ekonomi semasa, dengan Harga Jualan Purata (ASP) jatuh di bawah kos pengeluaran, industri terus mengalami kerugian pada setiap kontena yang dieksport," katanya.
Mengenai pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), MARGMA menyeru semua pemain industri untuk mematuhi standard itu bagi menjamin masa depan industri.
Pada masa yang sama, Oon berkata persatuan itu giat bekerjasama dengan MRC dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menyokong ahli dalam menambah baik kad skor ESG mereka dan menerima pakai amalan mampan serta pendigitalan sejajar dengan seruan kerajaan MADANI.
"Dalam kerjasama dengan MRC, LGM dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk melaksanakan inisiatif 'Getah Asli Malaysia Lestari', kami juga harus memperkenalkan 'Sarung Tangan Hijau' dan pilihan sarung tangan mesra alam yang lain, yang memperlihatkan usaha dan komitmen kami terhadap amalan mampan dan penjagaan alam sekitar," katanya.
Di samping itu, Oon berkata ahli persatuan komited sepenuhnya dan telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah pematuhan Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan Corporate Sustainability Due Diligence Directive (CSDDD) bagi negara Kesatuan Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Oon berkata permintaan sarung tangan getah global mengalami turun naik, namun komitmen dalam memenuhi permintaan sarung tangan berkualiti tinggi kekal kukuh. - Foto BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.

MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.

Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.

Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.

Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran

Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.

Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.

KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih

Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.

Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud.