awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATTA lancar laman web sendiri untuk pelancong buat tempahan

Bernama
Bernama
14/05/2016
12:35 MYT
MATTA lancar laman web sendiri untuk pelancong buat tempahan
HAMZAH: Laman web itu akan digunakan sebagai platform untuk mempromosikan pelancongan kami dan pelancong hanya perlu membuat tempahan melalui ejen-ejen yang berlesen. -Gambar fail
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan melancarkan laman web sendiri www.matta.travel dalam masa sebulan untuk mempromosikan perkhidmatannya dalam talian.
Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat berkata laman web itu bertujuan untuk menangani saingan dari laman web pelancongan dalam talian yang lain seperti Expedia.
"Laman web itu akan digunakan sebagai platform untuk mempromosikan pelancongan kami dan pelancong hanya perlu membuat tempahan melalui ejen-ejen yang berlesen," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata oleh kerana George Town disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008, industri pelancongan di negeri ini telah berkembang dan muncul sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan negeri Danny Law Heng Kiang berkata, 55 peratus daripada pelancong ke Pulau Pinang ialah pelancong domestik dan baki 45 peratus ialah pelancong antarabangsa.
"Pelancong dari Indonesia, Singapura, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Timur Tengah berkunjung ke Pulau Pinang kerana tarikan makanan, budaya dan warisan dan juga untuk pelancongan perubatan," katanya.
Danny juga berkata kerajaan negeri memperoleh RM15 juta daripada levi yang dikenakan ke atas hotel sejak Jun 2014 hingga Mei tahun ini.
Levi yang dikutip itu digunakan untuk menyediakan insentif kepada syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan terus ke negeri ini dan juga untuk memperkenalkan Pulau Pinang di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Hamzah berkata pemberian insentif kepada syarikat penerbangan untuk mempromosikan laluan baharu bukan konsep baharu kerana ia telah dilaksanakan di kebanyakan negara.
Beliau juga berkata insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat penerbangan menunjukkan bahawa ia komited untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan.
Topic Berkaitan
#Danny Law Heng Kiang
#Expedia
#Hamzah Rahmat
#laman web pelancongan
#MATTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan