awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank lantik Mohamad Yasin sebagai CEO Kumpulan Perbankan Islam, CEO Maybank Islamic

Bernama
Bernama
29/09/2025
12:30 MYT
Maybank lantik Mohamad Yasin sebagai CEO Kumpulan Perbankan Islam, CEO Maybank Islamic
Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Mohamad Yasin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Perbankan Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Islamic Bhd berkuat kuasa 1 Okt, 2025. - Foto Yasin Abdullah Linkedin
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Mohamad Yasin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Perbankan Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Islamic Bhd berkuat kuasa 1 Okt, 2025.
Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata Mohamad Yasin akan bertanggungjawab memimpin francais perbankan Islam kumpulan serta memacu visi Maybank untuk menjadi peneraju global dalam kewangan Islam.
"Beliau akan mengawasi semua aspek perniagaan kewangan Islam kumpulan Maybank termasuk strategi perniagaan, pembangunan produk dan inovasi selain memastikan pengurusan risiko serta pengurusan patuh syariah berada pada piawaian tertinggi.
"Beliau akan melapor kepada Presiden dan GCEO Maybank serta menjadi ahli jawatan kuasa eksekutif kumpulan," kata Maybank.
Mohamad Yasin, 52, kini merupakan Ketua Eksekutif Audit Kumpulan (GCAE) Maybank yang mengetuai Pelan Strategik Audit Kumpulan Maybank 2023-2025 (GRASP25) bagi meningkatkan fungsi audit melalui amalan terbaik global selain mempertingkatkan jaminan di seluruh kumpulan.
Sementara itu, Maybank juga melantik Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai GCAE yang baharu berkuat kuasa 1 Okt, 2025 menggantikan Mohamad Yasin.
"Dalam peranan ini, beliau akan bertanggungjawab melaporkan kepada jawatan kuasa audit lembaga pengarah dan secara pentadbiran kepada Presiden dan GCEO Maybank. Malique, 47, akan memacu perubahan berterusan audit kumpulan berasaskan GRASP25.
"Dengan memanfaatkan pengalaman luasnya, beliau akan memainkan peranan penting dalam memberi nasihat kepada semua sektor dan meletakkan audit kumpulan sebagai penyokong utama aspirasi masa depan kumpulan melalui kawalan dalaman yang kukuh, tadbir urus risiko dan ketahanan organisasi," katanya.
Dalam pada itu, Presiden dan GCEO Maybank Datuk Seri Khairussaleh Ramli berkata pelantikan ini terus menunjukkan keberkesanan perancangan penggantian dalaman dan amalan pengurusan bakat Maybank.
Beliau menambah, kumpulan perbankan itu juga sedang mempertingkatkan pembangunan kapasiti dalaman sambil mengukuhkan keupayaan pasukan kepimpinan tertinggi dengan memanfaatkan pengalaman dan latar belakang yang pelbagai antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#GCEO Perbankan Islam
#CEO Maybank Islamic
#Mohamad Yasin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan