awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank tingkatkan kadar asas standard, kadar asas, BLR sebanyak 25 mata asas

Bernama
Bernama
08/09/2022
12:44 MYT
Maybank tingkatkan kadar asas standard, kadar asas, BLR sebanyak 25 mata asas
Maybank berkata kadar asas standard dan BR akan dinaikkan daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) akan melaras naik kadar asas standard, kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 12 September 2022, berikutan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) hari ini.
Bank Negara Malaysia menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kelima hari ini, kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas yang ketiga berturut-turut tahun ini, menjadikan kenaikan tahun ini kepada 75 mata asas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata kadar asas standard dan BR akan dinaikkan daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun.
"Begitu juga, kadar asas standard Islam dan kadar asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islamic akan dinaikkan daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus setahun masing-masing," katanya.
Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 12 September 2022, tambahnya.
Maybank berkata semakan terakhir dalam BR adalah pada 8 Julai 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar OPR
#Maybank
#kenaikan BLR
#Bank Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan