Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem), yang dimiliki 64.35% oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melantik Mazuin Ismail sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2024.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata, Mazuin, yang kini berkhidmat sebagai naib presiden kanan (SVP) strategi korporat di Petronas, akan menggantikan Mohd Yusri Mohamed Yusof, yang dilantik sebagai MD dan CEO pada Januari 2022.
"Sebagai SVP strategi korporat di Petronas, beliau (Mazuin) mencatatkan strategi dan portfolio Petronas untuk mencapai prestasi kewangan, kestabilan pendapatan kepada Petronas kalis masa hadapan, dan kemampanan.
"Beliau juga menguruskan aktiviti penggabungan, pemerolehan dan pelupusan seluruh kumpulan, dengan sorotan utama termasuk pemerolehan peluang tenaga boleh diperbaharui secara global, bahan kimia khusus termasuk Perstorp Holding AB, dan Kumpulan Da Vinci.
"Sebagai sebahagian daripada usaha Petronas dalam ruang peralihan tenaga dengan pantas, beliau mengemudi unit rumusan tenaga bersih (dibentuk pada 2021), yang telah berkembang menjadi Gentari, cabang tenaga bersih khusus Petronas.
"Pada masa yang sama, Mazuin juga terlibat secara aktif dalam advokasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), yang berjaya dilancarkan pada Ogos oleh Perdana Menteri," katanya.
Mazuin, 55, menyertai Petronas pada 1991, dan mempunyai pengalaman lebih 30 tahun meliputi pelaksanaan projek dan kejuruteraan, audit dalaman, tadbir urus dan pembangunan perniagaan.
Sebelum memegang jawatan sebagai SVP strategi korporat di Petronas, beliau berkhidmat dalam jawatan penting seperti SVP penyampaian projek dan teknologi, serta naib presiden teknikal global di syarikat minyak dan gas negara. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 15 2023
Mazuin (foto) akan menggantikan Mohd Yusri Mohamed Yusof yang dilantik sebagai MD dan CEO pada Januari 2022. -Dagang News
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Petronas, Scomi berganding dalam usaha pemasaran kimia
Syarikat petroleum nasional (Petronas) dan Scomi hari ini menandatangani dua perjanjian untuk kerjasama dalam penyelidikan, pembangunan dan pemasaran penyelesaian kimia.
PETRONAS Chemicals revenue up 26 percent in 2017
PCGs revenue for 2017 rose by 26 percent, reaching RM17.4 billion compared to RM13.7 billion in 2016.