awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCPF harap kerajaan pertimbang permohonan geran RM4 juta

Bernama
Bernama
03/10/2016
15:47 MYT
MCPF harap kerajaan pertimbang permohonan geran RM4 juta
Tan Sri Lee Lam Thye berkata peruntukan itu penting bagi membolehkan MCPF melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat, termasuk memberi kesedaran mengenai jenayah.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan geran tahunan kepada yayasan berkenaan sebanyak RM4juta dalam Bajet 2017.
Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata peruntukan itu penting bagi membolehkan MCPF melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat, termasuk memberi kesedaran mengenai jenayah.
"Kita tidak mempunyai dana tahunan dan setiap program dilaksanakan sebelum ini merupakan inisiatif dalam kalangan ahli. Jadi, kami berharap dalam pembentangan bajet tahun ini, kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan MCPF.
"Namun, kami sedar kelulusan itu berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada sidang media sempena Forum Pencegahan Jenayah dan Peranan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Pengerusi MCPF Johor Datuk Freddie Long Hoo Hin.
Dalam pada itu, Lee menyifatkan forum tersebut bertepatan bagi mendengar pandangan masyarakat terhadap inisiatif dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan stabil dengan kadar jenayah sifar.
"Hasil perbincangan dalam forum ini akan diambil dan disampaikan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," kata beliau. - Bernama
Topic Berkaitan
#geran tahunan
#jenayah
#Lee Lam Thye
#MCPF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan