awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MDEC, AFG umum kerjasama tingkatkan syarikat fintech Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2022
03:55 MYT
MDEC, AFG umum kerjasama tingkatkan syarikat fintech Malaysia
Usaha kerjasama mereka akan menumpukan pada tiga bidang utama, iaitu aliran perjanjian, sokongan ekosistem fintech dan gabungan kekuatan.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama Kumpulan Fintech ASEAN (AFG), hari ini mengumumkan perkongsian strategik untuk memperbanyakkan inisiatif bertujuan meningkatkan syarikat fintech di Malaysia.
Usaha kerjasama mereka akan menumpukan pada tiga bidang utama, iaitu aliran perjanjian, sokongan ekosistem fintech dan gabungan kekuatan.
MDEC akan mengatur aliran urus niaga dan menyalurkan syarikat fintech Malaysia yang berpotensi kepada AFG.
AFG melalui rangkaian serantaunya, akan meneroka peluang kemudahan pembiayaan syarikat teknologi di Malaysia, terutamanya syarikat 'start-up' bagi potensi pelaburan dan pemerolehan.
"Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama ini dengan AFG dengan inisiatif bagi menambah dan menaik skala syarikat fintech Malaysia.
“Bekerja rapat dengan rakan kongsi ekosistem fintech, kami optimis perkongsian itu akan mewujudkan lebih banyak peluang syarikat ini dalam memajukan perniagaan mereka dengan akses kepada pasaran dan pembiayaan serantau,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz.
Ditubuhkan pada 2017, AFG menyasarkan peningkatan di Malaysia sebagai salah satu pasaran yang paling pesat berkembang di Asia.
Bagi membina Rantaian Nilai Fintech Bersepadu melalui inovasi, rangkaian dan skala merentas pembayaran, pinjaman / BNPL, insurtech dan pengurusan kekayaan digital, AFG dijangka bakal meningkatkan kesalingoperasian perniagaan semasa dan di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#pelaburan
#ASEAN
#ekonomi
#MDEC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan