KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak, sekali gus mempertingkatkan keyakinan terhadap potensi negara sebagai hab digital Asia Tenggara.
“MDEC akan mencadangkan kerajaan menetapkan sasaran tawaran teknologi digital baharu dengan anggaran RM130 bilion di bawah strategi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) yang akan dilaksanakan sehingga 2025 berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
“Setakat Ogos tahun ini, Malaysia telah mencapai lebih kurang RM100 bilion tawaran teknologi digital, melebihi sasaran awal sebanyak RM70 bilion,” ujarnya.
Dengan sokongan pihak kerajaan, tambah beliau, trend ini dijangka terus meningkat dengan pelaksanaan ekonomi MADANI melalui inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
“Berdasarkan data terkini dan keadaan ekonomi serantau, ke arah teknologi dan digital di Malaysia dipercayai mempunyai potensi yang amat tinggi.
“Tawaran teknologi digital dalam sektor pemusatan data serta perkhidmatan perniagaan global atau business process outsourcing (BPO) telah mendominasi pelbagai subsektor dalam teknologi seperti fintech, agritech, dan lain-lain,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis, berkongsi mengenai Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023.
MDX 2023 adalah acara mengetengahkan inovasi dan teknologi terkini, menawarkan peluang menarik pelabur baharu serta menyediakan platform untuk syarikat tempatan mahupun antarabangsa memperlihatkan kebolehan dan pencapaian ekosistem digital yang telah dibangunkan di peringkat rantau ASEAN dan Asia Pasifik.
Bertemakan 'Jom berniaga. Melabur di Malaysia', MDX 2023 bakal menjadi tuan rumah sambutan ekonomi digital bagi membentuk hala tuju digital negara dengan harapan dapat menjadikan peluang perniagaan dalam sektor digital lebih berdaya maju dan memberi manfaat yang lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Acara ini bakal menghimpunkan barisan penceramah terkemuka bertaraf dunia, bermula daripada pakar dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sehingga pakar dalam industri ekonomi digital.
“Antara speaker utama yang akan tampil pada hari kemuncak MDX 2023 ialah Zack Kass, individu yang memainkan peranan penting dalam membentuk strategi jualan OpenAI, sistem yang memperkenalkan ChatGPT.
“Dengan pengalaman selama 14 tahun dalam kerjaya AI, Zack mempunyai keupayaan luar biasa untuk menyempurnakan konsep AI yang kompleks serta membantu perniagaan merancang strategi masa depan yang lebih cerah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” tegasnya.
Acara utama MDX 2023 akan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 6 hingga 8 November.
Ia turut menampilkan beberapa siri acara termasuk persidangan, bengkel, pameran dan sesi rangkaian yang membawa kepada MDX Grand Finale yang berprestij dan makan malam anugerah industri eksklusif.
Acara sampingan yang bakal diadakan termasuk Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) 2023; Malaysia-Japan Digital Exchange; World Congress IT on Innovation and Technology (WCIT) 2023; Malaysia Cloud and Datacenter Convention 2023; #mydigitalmaker Fair 2023 Finale; Smart Melaka International Conference and Expo (SMIX) 2023; UK Malaysia Artificial Intelligence (AI) Conference 2023 dan 7th Selangor International Business Summit 2023.
Bagi mereka yang ingin menyertai MDX 2023, terutamanya perniagaan atau usahawan dalam industri teknologi dan digital, boleh dapatkan maklumat lanjut serta membuat pembelian tiket di laman web www.mdec.my/mdx.
Nabilah Khaleeda
Wed Nov 01 2023
Acara utama MDX 2023 akan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 6 hingga 8 November.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
PM Srettha lancar "Wawasan Thailand 2030"
Perdana Menteri Srettha Thavisin pada Khamis melancarkan "Wawasan Thailand 2030" yang bermatlamat menjadikan Thailand sebagai hab perindustrian global dalam lapan sektor.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
Ekonomi digital tarik 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan RM225 bilion Malaysia
Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai faktor untuk berjaya memperkasa AI dan membawa keseluruhan ekosistem ke dalam negara.
Negeri Sembilan bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik selepas PRU15 - Aminuddin
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinannya kini bertambah kukuh dengan perubahan landskap politik negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Thailand sasar pelabur Jepun dan bakat digital bagi tingkatkan ekonomi digital
Thailand berharap dapat menarik pelabur Jepun dan bakat digital terutamanya membabitkan pusat data dan 'cloud services'.
MY TouristPay, aplikasi transaksi e-pembayaran tanpa sempadan pertama dunia
Pelancaran ini sekali gus dapat memperkasa perusahaan kecil dan sederhana dengan memudahcara kaedah pembayaran pelancong.
Aplikasi MY TouristPay mudahkan pelancong asing bayar dengan cepat, selamat
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah melancarkan aplikasi terbaharu MY TouristPay untuk mengantarabangsakan perniagaan tempatan menerusi ekonomi digital.
eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.
Kemahiran teknologi tinggi, inovatif dibawa ke luar bandar melalui PEDi - MCMC
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) membolehkan pengetahuan dan kemahiran teknologi tinggi serta inovatif dikongsikan kepada penduduk bandar.