awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak ambil SPM, lepasan sekolah agama swasta berisiko tercicir masuk universiti - Alimuddin
BRICS platform penting bagi kerjasama di tengah ketidakpastian geopolitik
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MEF gesa kerajaan kaji semula prosedur syarikat, elak pembuangan pekerja

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/05/2020
06:55 MYT
MEF gesa kerajaan kaji semula prosedur syarikat, elak pembuangan pekerja
Shamsuddin berkata, kerajaan seharusnya memberi kelonggaran kepada syarikat bagi mengatur terma dan syarat sendiri yang lebih fleksibiliti semasa COVID-19. - Gambar fail
Kerajaan digesa untuk melihat semula prosédur-prosedur yang ditetapkan kepada syarikat supaya tidak mengekang perjalanan syarikat yang akhirnya memberi tekanan kepada pembuangan pekerja.
Sebaliknya, Pengarah Eksekutif, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, kerajaan seharusnya memberi kelonggaran kepada syarikat bagi mengatur terma dan syarat sendiri yang lebih fleksibiliti semasa COVID-19.
Tambah beliau, apa yang dimahukan oleh syarikat adalah fleksibiliti untuk menguruskan kakitangan yang berkait langsung dengan kos gaji dan kos terma.
Pun begitu beliau berkata, ia bukanlah sesuatu yang perlu dikekalkan selepas selesai pandemik.
"Apa yang penting fleksibilitii ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan pekerja daripada dibuang kerja," katanya dalam temubual Skype dengan Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Menjelaskannya, Shamsuddin berkata, peraturan administrasi yang memerlukan majikan untuk mengisi borang pekerja pada setiap hari bagi diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tentunya memakan belanja yang tinggi jika dilihat dari sudut majikan.
Perkara itu katanya, barangkali sesuatu yang kecil kepada kerajaan yang memerlukan majikan untuk melaporkan keadaan harian pekerja namun tidak bagi kebanyakan majikan.
Setiap borang akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk diisi, katanya.
"Cuba bayangkan kita ada kira-kira 850,000 majikan yang perlu berbuat demikian dan jika dilihat pada kos sebulan, ia melibatkan hampir RM1.94 bilion," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Shamsuddin memberitahu, peruntukkan RM250 bilion menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) meskipun nampak besar namun ia hanya mewakili kira-kira 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Rangsangan yang diberikan kepada majikan dan pekerja pula katanya adalah kurang daripada lima peratus.
Topic Berkaitan
#buang pekerja
#COVID-19
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#majikan
#MITI
#pekerja dihentikan
#Persekutuan Majikan-Majikan Malaysi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan