awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka Alive perkenal 'The Pirate Adventure' di Bandar Hilir

Bernama
Bernama
15/08/2015
14:03 MYT
Melaka Alive perkenal 'The Pirate Adventure' di Bandar Hilir
Gambar fail 3 April 2015 ini menunjukkan projek pembinaan "Melaka Alive: A Night of Celebration" yang terletak di Dataran Pahlawan, Banda Hilir. - fotoBERNAMA
Neuvo Attraction & Destination Sdn Bhd, pengendali tarikan pelancongan Melaka Alive, yang memperkenalkan produk terbaharu 'The Pirate Adventure' di kawasan Kompleks Sejarah Bandar Hilir, di sini, menyasarkan 20,000 pengunjung setiap bulan.
Penasihat Melaka Alive, Mohd Nizar Mohd Najib berkata produk terbaharu itu merupakan persembahan interaktif tentang kehidupan lanun dengan pelbagai elemen kejutan dan kesan khas.
Beliau berkata produk ketiga syarikat selepas Bahtera Merdeka dan 'Colours of Melaka' itu membolehkan pengunjung merasai dan menyelusuri kehidupan lanun.
"The Pirate Adventure pastinya memberi satu pengalaman luar biasa yang pasti tidak dapat dilupakan terutama kepada mereka yang gemarkan pengembaraan dan kelainan.
"Pengunjung akan menemui pelbagai jalan cerita tentang kehidupan lanun di setiap sudut, yang pastinya memberi keterujaan dan kejutan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'The Pirate Adventure' di sini, hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas.
Mohd Nizar berkata konsep dan seni bina 'The Pirate Adventure' itu, yang terletak bersebelahan Memorial Perisytiharaan Kemerdekaan, dibangunkan oleh pereka dan kontraktor tempatan.
Katanya ia dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 7 petang pada Isnin hingga Khamis manakala 10 pagi hingga 9.30 malam pada Jumaat hingga Ahad.
Tiket berharga antara RM15 hingga RM25.
Sementara itu, beliau berkata Nuevo Attraction & Destination bercadang membangunkan lebih banyak destinasi pelancongan di Melaka, berfokuskan elemen sejarah bagi meningkatkan kesedaran tentang sejarah, warisan dan keindahan negeri itu dalam kalangan rakyat tempatan dan juga pelancong asing.
Topic Berkaitan
#Melaka Alive
#Neuvo Attraction & Destination
#pelancongan
#The Pirate Adventure
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan