MELAKA: Melaka bakal menerima pelaburan bernilai RM3.5 bilion menerusi tujuh projek yang akan dibangunkan di negeri itu dengan kerjasama Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan syarikat pelabur dari China.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kesemua projek berkenaan akan dibangunkan setelah proses permohonan pelaksanaannya diluluskan oleh pihak berkuasa negeri.
"Pelbagai pembangunan baharu akan dibangunkan di Melaka menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan syarikat dari China dan pelaburan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan republik itu.
"Salah satu projek yang dilihat akan memberi impak besar kepada Melaka ialah Menara Asean-China setinggi 88 tingkat yang akan dibangunkan di Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis MoU dengan Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd di sini semalam.
Pada majlis itu, MoU berkenaan ditandatangani oleh Yong Chen Lim selaku Pengurus Besar Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan disaksikan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata beberapa projek lain ialah Asean-China Made Products Outlet and Exhibition Center, Asean-China International Grand Bazaar dan Malaysia-China Metaverse Database Center and High-Level Professional Training Base akan dibangunkan dengan kerjasama China Centre Oversea Joint Development Preparatory Comittee.
Turut dibangunkan ialah Health E-Atomization Industrial Park (Oriental Vaping and E-Atomization- Malaysia and China Sdn Bhd), Asean Health E-Atomization Forum (Oriental Vaping and E-Atomization Ltd UK) dan Asean Cup 2023 (Melaka) International Regatta Competition.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Ab Rauf (belakang dua, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Cheng Ho International Trade and Cultural City Centre Sdn Bhd dan China Centre Oversea Joint Development Preparatory Comittee pada majlis di Melaka, 20 Mei 2023. --fotoBERNAMA
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.