awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM

Dagang News
Dagang News
01/06/2022
04:44 MYT
Micron komited tambah pelaburan di Malaysia tingkatkan rantaian nilai semikonduktor - PM
Perdana Menteri berkata, Micron kini beroperasi di Malaysia dengan menggaji hampir 4,000 anak tempatan.- Fail DagangNews
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob optimis lebih banyak syarikat asing akan terus melabur di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini.
Menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi berkata, beliau bersyukur pelabur-pelabur asing semakin tertarik untuk terus melabur di negara ini.
“Alhamdulillah, pelabur-pelabur asing semakin yakin untuk terus melabur di Malaysia.
“Saya yakin lebih banyak syarikat asing akan terus menanam modal di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap antara terbaik di rantau ini,” katanya.
Terdahulu, beliau turut mengadakan perbincangan bagi meneroka potensi syarikat Micron menambah lagi pelaburan di Malaysia khususnya untuk segmen yang lebih maju dalam rantaian nilai semikonduktor.
Perbincangan itu dibuat ketika kunjungan delegasi Micron, yang diketuai Naib Presiden Eksekutif Operasi Globalnya, Manish Bhatia di Putrajaya susulan lawatan kerja Ismail Sabri ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, Micron kini beroperasi di Malaysia dengan menggaji hampir 4,000 anak tempatan.
Dalam lawatan kerja beliau ke AS sebelum ini, Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika termasuk Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insule.
Topic Berkaitan
#Micron
#pelaburan
#semikonduktor
#anak tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan