Syarikat gergasi teknologi global, Microsoft, sedang membina sebuah pusat data di daerah Kulai, dan pembinaannya kini sudah mencapai tahap 40 peratus, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata pembinaan itu dilihat dapat merancakkan sektor ekonomi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini.
"Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
"Ia juga dapat menarik syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk datang ke Johor dan membuat pelaburan di sini," katanya ketika berucap melancarkan kempen Johor Perangi Denggi 2020 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Aman Rabu.
Pada masa sama, Hasni berkata kerajaan negeri turut mendapat pertanyaan daripada sebuah syarikat teknologi di Jepun yang menunjukkan minat untuk membina pusat data di Johor.
"Banyak pihak menghubungi kerajaan negeri yang ingin meneroka bidang baharu untuk pelaburan. Ini kerana Johor adalah unik dan mempunyai banyak potensi untuk dimajukan," katanya.
Beliau berkata pembinaan pusat data itu juga diharapkan dapat menjadikan Johor sebagai negeri yang benar-benar berjaya melaksanakan inisiatif pendigitalan hasil limpahan manfaat daripada pembinaannya.
"Rakyat juga akan dapat menggunakan sepenuhnya Internet yang ada dan menjadikan Johor sebagai negeri yang berjaya melaksanakan program pendigitalan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
HASNI: Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. - Bernama
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.
PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.