awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI akan pastikan perdagangan kekal pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara

Bernama
Bernama
31/12/2022
12:33 MYT
MITI akan pastikan perdagangan kekal pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang dijangka mencabar, MITI juga turut memberi fokus kepada memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu utama kepada pertumbuhan Malaysia pada 2023.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang dijangka mencabar, MITI juga turut memberi fokus kepada memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing.
"Kita juga perlu memastikan penggubalan dan pelaksanaan mana-mana perjanjian perdagangan dua hala, mahupun pelbagai hala akan memberi nilai dan kelebihan yang padu kepada pemain domestik.
"Ini terutamanya dalam rantaian bekalan Malaysia khususnya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS," katanya.
Menerusi video ringkas ucapan Tahun Baharu 2023 hari ini, Tengku Zafrul juga mengajak rakyat Malaysia membulatkan tekad, bersama-sama berusaha sehabis baik demi Malaysia tercinta.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya Tengku Zafrul serta warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#perdagangan kekal
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan