KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus melindungi kepentingan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan tempatan walaupun menjalin kerjasama di peringkat ASEAN.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, rakyat, perniagaan dan ekonomi rantau ASEAN telah menghadapi pelbagai impak akibat pandemik.
"Bagaimanapun, saya percaya pandemik telah merapatkan hubungan kekeluargaan dan menguatkan semangat kebersamaan Asean dalam menangani masalah di rantau ini," katanya menerusi hantaran di laman media beliau selepas menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi (dan Perdagangan) Asean ke-29 (AEM 29) di Magelang, Indonesia.
Beliau berkata Pengerusi Asean-BAC bagi tahun 2023, Arsjad Rasjid telah memberi taklimat kepada mesyuarat tersebut mengenai projek sektor swasta di bawah payung Asean serta inisiatif utama pada tahun ini.
"Ini adalah waktu untuk Asean terus bersatu hati, dengan satu suara. Berdasarkan perkembangan politik global semasa, inilah peluang untuk Asean menyinar, contohnya, sebagai hab rantai bekalan kepada pelbagai rantau ekonomi lain," kata Tengku Zafrul.
Menurutnya, perbincangan pada pemukiman itu hari ini berkisar kepada dasar baharu dan sedia ada yang bakal meningkatkan kapasiti rakyat, PKS dan perniagaan dalam menangani cabaran semasa.
"Kita perlu lebih holistik dan strategik dalam menjana pemulihan dan pembangunan yang mantap, inklusif dan mampan bagi rantau Asean.
"Kita juga telah berbincang mengenai bagaimana sektor perniagaan dan swasta boleh bekerjasama rapat dengan kerajaan negara-negara Asean dalam mempercepat integrasi, antara lainnya, dalam sektor digitalisasi, ekonomi digital, kelestarian, sekuriti makanan dan daya tahan rantaian bekalan," katanya.
Beliau berkata, keutamaan yang menggariskan kesemua keutamaan ini adalah keterangkuman, pemerkasaan PKS dan manfaat jelas bagi populasi Asean yang kini sudah mencecah 663 juta."Memandangkan banyak projek keutamaan ini ditangguhkan semasa pandemik, Miti berharap dapat bekerjasama dengan Asean-BAC Malaysia untuk mempercepat pelaksanaannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, rakyat, perniagaan dan ekonomi rantau ASEAN telah menghadapi pelbagai impak akibat pandemik. - Foto fb @Tengku Zafrul
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.