awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
Penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi sektor awam cecah 39.4 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI kaji cadangan penggabungan HDC dan MATRADE - Tengku Zafrul

Faida Rahim
Faida Rahim
28/05/2025
05:15 MYT
MITI kaji cadangan penggabungan HDC dan MATRADE - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul bercakap kepada pemberita selepas ASEAN-GCC Economic Forum 2025, di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Ringkasan AI
  • MITI sedang mempertimbangkan penggabungan antara Halal Development Corporation (HDC) dan MATRADE untuk mengelakkan pertindihan dalam perdagangan halal.
  • Fokus utama adalah memperkasa industri halal dengan MATRADE memberi akses kepada produk halal, sementara HDC menumpukan kepada pembangunan halal.
  • MIDA akan memainkan peranan dalam menarik pelaburan yang berkaitan dengan industri halal.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menjelaskan, perkara itu masih dalam perbincangan kerana terdapat beberapa cadangan lain dikemukakan termasuk memperkasakan industri halal negara.
"Kita masih lagi mengkaji kerana ada cadangan yang dikemukakan dan salah satu contohnya adalah perkasakan industri halal ini dengan memberi fokus kepada pembangunan halal di mana kalau dari segi perdagangan halal kita tidak mahu ada pertindihan.
"Selain itu, kita juga mahu MATRADE lebih fokus pada perdagangan halal dari segi memberi akses kepada produk halal, pada masa sama memastikan HDC memberi lebih fokus pada pembangunan halal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ASEAN-GCC Economic Forum 2025, di sini pada Rabu.
Tengku Zafrul berkata, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pula akan memfokuskan kepada pelaburan-pelaburan yang melibatkan industri halal.
"Oleh itu kita nak beri fokus kepada pembangunan halal," katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata cadangan penubuhan Suruhanjaya Halal oleh Sekretariat Majlis Halal Malaysia akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
Objektif penubuhan suruhanjaya itu akan dikongsikan selepas mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Kabinet.
"Buat masa ini, kita masih dalam 'circulation', tengah mendapatkan komen serta ulasan daripada Kementerian lain. Nanti diluluskan kelak, kita boleh beri lebih pencerahan mengenai penubuhan suruhanjaya ini," katanya.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, MITI berkata, penggabungan dua agensi di bawah kementerian itu akan memperkukuh kemampuan sokongan eksport MATRADE, disokong oleh pengetahuan industri khusus oleh HDC.
Selain itu, katanya, gabungan itu juga dapat memperluas akses pasaran untuk produk dan perkhidmatan halal Malaysia melalui rangkaian strategik 49 pejabat perdagangan MATRADE di seluruh dunia.
Menurut MITI, Industri halal dan sektor eksport yang lebih kuat juga akan menyokong PKS tempatan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#MITI
#Matrade
#HDC
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami