awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI yakin capai sasaran pembangunan vendor bumiputera

Bernama
Bernama
17/04/2018
21:00 MYT
MITI yakin capai sasaran pembangunan vendor bumiputera
Tahun ini, RM12 juta diperuntukkan sebagai Geran Penyelidikan dan Pengkomersilan Vendor bagi memperkasakan vendor Bumiputera. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan untuk merealisasikan satu juara dunia, tiga juara serantau dan 10 juara kebangsaan menerusi Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Pengarah Bahagian Keusahawanan dan PKS MITI Khairulnizam Hashim berkata kementerian itu yakin dapat mencapai sasaran itu menjelang 2020 berdasarkan kejayaan merealisasikan satu juara dunia, satu juara serantau dan tujuh juara kebangsaan pada 2016.
"Menerusi program itu, kami mempunyai 21 syarikat utama dengan 1,418 syarikat vendor, yang menyumbang RM30.44 bilion pendapatan.
"Kami mahu menambah beberapa lagi syarikat utama tahun ini, dan dengan itu, kami berharap lebih banyak vendor akan memenuhi kriteria untuk berjaya menerusi program itu," katanya pada taklimat media mengenai program itu di sini pada Selasa.
Khairulnizam berkata tahun ini, RM12 juta diperuntukkan sebagai Geran Penyelidikan dan Pengkomersilan Vendor bagi memperkasakan vendor Bumiputera.
Beliau berkata 15 vendor menerima geran bernilai RM9 juta dalam tempoh 2016-2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#BVDP
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Khairulnizam Hashim
#MITI
#PERKASA
#PKS
#Program Pembangunan Vendor Bumiputera
#RMK-11
#vendor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan