awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohaiyani Shamsudin dilantik pengerusi wanita pertama teraju Maybank Investment Bank

Bernama
Bernama
28/03/2016
09:42 MYT
Mohaiyani Shamsudin dilantik pengerusi wanita pertama teraju Maybank Investment Bank
Ketika ini beliau merupakan seorang pengarah Maybank dan baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Maybank Kim Eng Holdings Ltd mulai 1 Jan, 2016. - Foto www.maybank.com
Maybank melantik Datuk Mohaiyani Shamsudin sebagai Pengerusi Maybank Investment Bank, berkuat kuasa 1 Mac, menjadikannya wanita pertama menerajui anak syarikat utama kumpulan Maybank itu.
Pengerusinya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk memaksimumkan kepelbagaian lembaga pengarahnya.
"Ini adalah bukti jelas komitmen kami kepada agenda inklusif dan kepelbagaian kami dengan memanfaatkan kemahiran individu berbakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohaiyani menggantikan Megat Zaharuddin yang melepaskan jawatan pengerusi Maybank Investment untuk menyandang jawatan Pengerusi Maybank Ageas Holdings Bhd (MAHB).
Ketika ini beliau merupakan seorang pengarah Maybank dan baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Maybank Kim Eng Holdings Ltd mulai 1 Jan, 2016.
Beliau turut memegang beberapa jawatan pengarah dalam Kumpulan Maybank termasuk menjadi Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd dan Maybank Asset Management Sdn Bhd.
Mohaiyani juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi Persatuan Syarikat-Syarikat Broker Saham Malaysia serta pemilik dan Pengarah Urusan Mohaiyani Securities Sdn Bhd.
Sementara itu, Maybank juga mengumumkan pelantikan bekas ketua pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk R. Karunakaran sebagai Pengerusi Etiqa Insurance Bhd dan Etiqa Takaful Bhd, berkuat kuasa 1 Mac, 2016.
Karunakaran juga merupakan seorang pengarah Maybank dan ketika ini menjadi ahli lembaga pengarah Maybank (Cambodia) Plc, MAHB, Maybank Asset Management Group Bhd, Maybank Asset Management Sdn Bhd dan Maybank Agro Fund Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Maybank
#Maybank Investment Bank
#Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor
#Mohaiyani Shamsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan