awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Radzuan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu Persatuan Takaful Malaysia

Bernama
Bernama
01/01/2022
04:53 MYT
Mohd Radzuan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu Persatuan Takaful Malaysia
Sebelum menyertai MTA, Mohd Radzuan memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam pelbagai syarikat insurans dan takaful.
KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Radzuan Mohamed sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa 1 Jan, 2022.
Pengerusi MTA Elmie Aman Najas berkata Radzuan membawakan kepada persatuan itu kemahiran meluas beliau dalam kepimpinan, pengurusan, operasi dan keusahawan ditambah dengan pengalamannya di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.
"Beliau berupaya untuk memacu organisasi ini dalam menerajui transformasi industri takaful terutamanya dalam aspirasi persatuan untuk mencapai landskap takaful baharu seperti yang digariskan dalam rangka kerja Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) yang dilancarkan pada Jun 2021," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Radzuan memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam industri merangkumi pelbagai bidang termasuk takaful dan takaful semula, insurans dan insurans semula, pembrokeran, perundingan dan pelarasan.
Sebelum menyertai MTA, beliau memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam pelbagai syarikat insurans dan takaful.
MTA adalah persatuan perdagangan yang mewakili semua 18 pengendali takaful dan takaful semula berlesen di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Radzuan Mohamed
#Persatuan Takaful Malaysia
#pelantikan Mohd Radzuan
#MTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan