Moody's Investors Service (Moody's) kini dalam proses menilai semula penilaiannya terhadap kapasiti kerajaan menyediakan aspek sokongan yang digambarkan menerusi penarafan berdaulat dan komitmen menyalurkan dana awam bagi menyokong institusi kewangan tertentu.
Dalam kenyataan hari ini, ia berkata ini berdasarkan insiden kegagalan bank yang berlaku dalam semua pasaran di bawah tinjauan firma itu di Asia Pasifik, kecuali di Singapura.
"Oleh itu, kami tidak menganggap semua bank yang bermasalah akan menerima bantuan sewajarnya secara automatik daripada kerajaan masing-masing bagi mengelak ditutup," kata Moody's.
Malah, firma itu menyifatkan penilaiannya turut mengambil kira potensi evolusi dalam sokongan kerajaan ketika pihak pengawal selia mendapat lebih banyak kuasa atau mekanisme untuk menangani institusi kewangan bermasalah, atau ketika perubahan persekitaran politik bagi mewajarkan kegagalan sedemikian dan kerugian kredit pemiutang.
"Ini meningkatkan lagi kemungkinan bahawa pihak berkuasa di rantau Asia Pasifik ini akan menyelesaikan (masalah) institusi kewangan mengikut cara berbeza berbanding krisis sebelumnya dalam mewajarkan penilaian semula kami terhadap andaian sokongan kerajaan itu," katanya.
Sebelum ini, bank-bank bermasalah seperti Sime Bank dan Bank Bumiputra serta syarikat-syarikat kewangan di Malaysia telah digabungkan dan menjadi kumpulan perbankan beberapa tahun selepas berlakunya krisis kewangan Asia.
Moody's berkata pihak berkuasa Asia Pasifik juga secara perlahan-lahan melakukan pembaharuan terhadap aspek penyelesaian bagi institusi kewangan.
Pembaharuan ini tidak hanya terhad kepada bank-bank namun lebih bertumpu kepada institusi terbabit.
"Malah bagi bank-bank pun, hanya kemajuan yang sederhana dicatatkan sejak November 2017 apabila kami mengeluarkan laporan mengenai pembaharuan resolusi bank-bank Asia Pasifik.
"Langkah itu setakat ini tidak memaparkan perubahan penting dalam pendekatan resolusi atau kemungkinan besar sokongan kerajaan terhadap bank-bank pemiutang," katanya.
Dalam sebahagian besar bidang kuasa rantau Asia Pasifik, pihak berkuasa masih kekurangan kuasa perundangan bagi menyelamatkan syarikat pemiutang walaupun boleh berbuat demikian dengan menggunakan kuasa untuk memindahkan aset dan liabiliti tertentu.
Ini memberi mekanisme yang efektif dan fleksibel bagi mencapai aspek perkongsian bebanan dengan jumlah pelabur lebih besar, sekali gus mengurangkan penggunaan dana awam ketika tiada rejim menyelamat rasmi dilaksanakan.
"Banyak pihak pengawal selia telah menyatakan hasrat untuk mengurangkan kesan moral yang membabitkan usaha menyelamat secara menyeluruh.
"Bagaimanapun, (pada masa sama) mereka turut berdepan risiko bahawa perkongsian bebanan itu boleh membawa kepada gangguan pasaran dan perniagaan di bank-bank lain (akibat kesan yang berlanjutan)," kata Moody's
Bernama
Wed Jul 22 2020
Moody's berkata pihak berkuasa Asia Pasifik juga secara perlahan-lahan melakukan pembaharuan terhadap aspek penyelesaian bagi institusi kewangan. -Gambar fail
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.
Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak
Pada dasarnya, Amerika tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Jabatan Negara AS.
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Perdagangan EE Malaysia perlu langkah lebih padu, kuasai pasaran global - Matrade
Ketua pegawai eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata visi agensi itu adalah untuk menjadikan industri tersebut kalis masa depan dan mencapai pasaran global yang lebih luas.
Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap
Sembilan anggota dari BBP Teluk Intan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.
KTMB perhalusi garis panduan tren sewaan khas
KTMB akan tambah baik dan mempertingkatkan garis panduan perkhidmatan tren sewaan khas demi kepentingan orang awam dan syarikat itu.
Bank pelaburan positif terhadap prospek KDNK Malaysia
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 4.2 peratus pada suku dalam tinjauan daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
- Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa hari ini
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- Sekitar Kapas Marang Swimathon 2024
#AWANInews #AWANIPagi
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Presiden IOC, CMG anugerahkan plak kepada tim media Sukan Olimpik 2024
CMG sebagai agensi penyiar utama bagi Sukan Olimpik Paris 2024, berikrar melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang sejajar dengan mandat.
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.