KUALA LUMPUR: Industri kewangan Islam Malaysia dijangka berkembang lebih pantas pada 2022 serta tahun hadapan berbanding perbankan konvensional dengan pertumbuhan akan didorong oleh segmen peruncitan, menurut Moody's Investors Service.
Penganalisisnya Li Tengfu berkata industri perbankan Islam diunjurkan berkembang lebih pantas berbanding perbankan konvensional.
"Kita mungkin melihat beberapa mata peratusan yang lebih tinggi untuk perbankan Islam," katanya pada sidang meja bulat Kemas Kini Industri Kewangan Islam Moody's Investors Service di sini pada Rabu.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), diunjurkan menurun sedikit sebanyak enam peratus bagi 2022 dan 2023, harga komoditi seperti minyak dan minyak sawit mentah (MSM) pula akan menyumbang kepada permintaan terhadap produk serta perkhidmatan kewangan.
"Harga minyak masih berada pada paras yang agak tinggi dan pada masa sama, harga MSM masih jauh lebih tinggi berbanding paras sebelum pandemik iaitu 2019 dan 2018. Pada dasarnya, keadaan ini yang telah memacu jangkaan kita," katanya.
Beliau berkata negara pengeksport komoditi seperti Malaysia dan Indonesia juga menerima kesan pengimbangan daripada kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang agresif.
"Salah satu yang terjadi ke atas kita sekarang adalah pertumbuhan ekonomi yang sangat kukuh termasuk sudah tentu, kenaikan inflasi tetapi di Asia Pasifik seperti Malaysia dan Indonesia, kerajaan masih mempunyai kapasiti fiskal susulan manfaat daripada segi eksport komoditi yang boleh mereka gunakan bagi mengimbangi impak tersebut.
"Itulah sebabnya saya fikir di Malaysia dan Indonesia, anda melihat bahawa kenaikan kadar dasar mungkin lebih sederhana berbanding dengan apa yang berlaku di AS atau di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC),'' katanya.
Penganalisis kanan Ashraf Madani berkata kenaikan kadar AS telah memberi kesan kepada terbitan Sukuk daripada korporat dan institusi kewangan, yang lebih sensitif terhadap kadar faedah yang lebih tinggi berbanding sukuk kedaulatan.
Beliau berkata ini dapat dilihat dalam angka terbitan bagi separuh pertama 2022 di GCC dan Asia Tenggara.
Menurut Ashraf lagi, aktiviti penerbitan Sukuk mungkin bertambah baik pada separuh kedua tahun ini dalam sektor korporat dan kewangan.
"Sekarang, kita mula melihat beberapa tanda kestabilan. Malah, kita sedang menyaksikan penurunan kadar jangka panjang walaupun Rizab Persekutuan meningkatkan kadar sebanyak 75 mata asas," katanya.
Secara keseluruhan, Moody's Investors Service mengunjurkan aktiviti terbitan Sukuk global mengukuh lagi pada separuh kedua 2022 dan mengakhiri tahun ini pada US$160-US$170 bilion (US$1=RM4.63).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
Secara keseluruhan, Moody's Investors Service mengunjurkan aktiviti terbitan Sukuk global mengukuh lagi pada separuh kedua 2022 dan mengakhiri tahun ini pada US$160-US$170 bilion (US$1=RM4.63). - Gambar fail/REUTERS
Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan
Kenaikan tambang bas pelancong Singapura bukti penyasaran subsidi diesel tepat
Kenaikan tambang pengangkutan dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura membuktikan penyasaran subsidi wajar diteruskan, kata Anwar.
Malaysia terbuka sertai BRICS, bawa manfaat ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara.
Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hgan.
Program ekonomi lima tahun Malaysia-China dimeterai semasa lawatan Li Qiang - Tengku Zafrul
Program Lima Tahun untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan antara China dan Malaysia dijangka ditandatangani tidak lama lagi semasa lawatan sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.
Hujan lebat di El Salvador ragut 11 nyawa, lebih 900 terpaksa berpindah
Hujan lebat yang melanda El Salvador sejak Jumaat telah meragut 11 nyawa manakala lebih 880 penduduk terpaksa berpindah.
Rusia janji sokongan tak berbelah bahagi kepada Korea Utara
Presiden Rusia Vladimir Putin berjanji akan membina sistem perdagangan dan keselamatan Korea Utara yang tidak dikawal oleh Barat
Kansas saman Pfizer, dakwa kelirukan orang awam mengenai vaksin COVID-19
Menurut dokumen mahkamah, kenyataan palsu syarikat berpangkalan di New York itu melanggar Akta Perlindungan Pengguna Kansas.
Potensi pelaburan Syariah kekal kukuh - Pakar
Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, pelaburan Syariah menawarkan alternatif yang menarik kerana ia tidak dipengaruhi oleh kadar faedah.
Polis rakam keterangan 15 individu
Polis sudah mengambil keterangan 15 individu, termasuk pengusaha katering bagi membantu siasatan kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian, minggu lalu.
Petronas kekal A2, unjuran 'stabil' - Moody's
"Petronas diberikan penarafan ini walaupun keadaan pasaran minyak mentah yang semakin lemah," kata Moody's.
Moody's rendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, unjuran 'stabil'
Moody's hari ini merendahkan taraf Petronas dari A1 ke A2, membuat unjuran masa hadapan menjadi 'stabil' dari 'negatif'. Keterlibatan perniagaan Petronas dengan Kerajaan antara punya rendah taraf ini.