awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU antara Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf tingkatkan pembelian minyak sawit oleh China - PM

Bernama
Bernama
17/09/2023
14:46 MYT
MoU antara Sime Darby Oils, Guangxi Beibu Gulf tingkatkan pembelian minyak sawit oleh China - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil. - Foto BERNAMA
NANNING: Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan menyaksikan pembelian minyak sawit oleh China meningkat kepada 500,000 tan setahun daripada 250,000 tan setahun sebelumnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MoU tersebut pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.
"Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan satu kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat," katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja sehari beliau di sini.
Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu hari ini melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berserta beberapa menteri Malaysia, telah menyaksikan pertukaran MoU tersebut sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Memorandum Persefahaman
#Sime Darby Oils
#GuangXi Beibu Gulf
#tingkat pembelian sawit
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan