ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 Oktober 2026.
Mohd Khairudin Safi’ai, 37, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Okt lepas.
2. Peluang besar kejatuhan emas
Harga emas yang sekian lama dianggap aset paling selamat ketika krisis kini menunjukkan trend penurunan harga. Pada Jumaat lalu, harga logam berharga itu jatuh di bawah paras psikologi AS$4,000 seauns troy buat kali pertama sejak Julai, sekali gus mencatatkan prestasi mingguan yang lemah.
3. AKPS selamatkan hasil negara lebih RM322 juta, lonjak empat kali ganda - Saifuddin Nasution
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merekodkan nilai rampasan mencecah RM322.74 juta hingga Oktober tahun ini, meningkat empat kali ganda berbanding tahun lepas sekali gus membuktikan keberkesanan agensi itu dalam membanteras ketirisan hasil negara.
4. Selangor tidak kompromi salah guna rumah ibadat - Exco
Kerajaan Negeri Selangor tidak berkompromi dengan sebarang penyalahgunaan rumah ibadat bagi tujuan jenayah tanpa mengira agama, kaum atau latar belakang pihak terlibat di negeri itu.
5. PRN Melaka: DAP tanding tujuh kerusi berdasarkan peluang boleh menang - Loke
Keputusan DAP untuk bertanding di tujuh kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, termasuk tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, dibuat berdasarkan pertimbangan peluang boleh menang, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
6. PRN Melaka: PKR kemuka 77.8 peratus muka baharu - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menampilkan barisan calon yang mencerminkan pembaharuan kepimpinan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
7. Polis tahan 93 individu, rekod 77 kes berkaitan keldai dadah di KLIA
Polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 93 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Okt lepas.
8. 25,592 anggota bomba, 1,248 aset siaga hadapi MTL 2026/2027
Seramai 25,592 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 1,248 aset jabatan itu berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 yang dijangka bermula esok hingga Mac tahun depan.
9. KTMB tawar 11,888 tempat duduk tambahan sempena Deepavali
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 11,888 tempat duduk tambahan bagi perkhidmatan tren bersempena dengan sambutan Deepavali yang bakal tiba.
10. SIC bentang kajian kebolehlaksanaan bawa kembali F1 ke Malaysia November ini
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang menyediakan kajian kebolehlaksanaan bagi membawa kembali perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Malaysia untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada November ini.