Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Murid 11 tahun parah dirempuh kereta di Manggatal

Seorang murid lelaki berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta semasa melintas jalan di hadapan sebuah sekolah rendah di Jalan Tuaran Lama di Manggatal, pagi Isnin.
Seorang murid lelaki berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta semasa melintas jalan di hadapan sebuah sekolah rendah di Jalan Tuaran Lama di Manggatal, pagi Isnin.

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang murid lelaki berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta semasa melintas jalan di hadapan sebuah sekolah rendah di Jalan Tuaran Lama di Manggatal, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Shahrudin Mat Husain berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 8.03 pagi.

"Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dirawat di wad kecemasan Zon Merah Hospital Likas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu seorang lelaki berusia 69 tahun itu didapati sedang bergerak dari arah Pekan Manggatal menuju pasar raya di Manggatal sebelum mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kanan ke kiri.

Shahrudin berkata kereta berkenaan kini ditahan bagi pemeriksaan teknikal oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) manakala kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut  Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan merangkumi merekodkan percakapan pihak terlibat termasuk pemandu serta mengesan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar lokasi kejadian.

"Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mazlan Mursalam melalui talian 012-3036605 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement