awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRCB kaunter paling aktif selepas pengesahan kontrak LRT3 PDP

Bernama
Bernama
08/08/2018
04:52 MYT
MRCB kaunter paling aktif selepas pengesahan kontrak  LRT3 PDP
Pada 11.25 pagi hari ini, saham MRCB melonjak empat sen atau 5.03 peratus kepada 83.5 sen daripada 79.5 sen pada penutupan semalam, dengan 96.27 juta saham didagangkan. - Gambar hiasan
Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) merupakan antara kaunter paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia pagi ini selepas kerajaan mengesahkan MRCB George Kent Sdn Bhd kekal sebagai rakan pelaksana projek (PDP) Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Pada 11.25 pagi hari ini, saham MRCB melonjak empat sen atau 5.03 peratus kepada 83.5 sen daripada 79.5 sen pada penutupan semalam, dengan 96.27 juta saham didagangkan.
Harga saham George Kent (M) Bhd turut meningkat lima sen atau 3.44 peratus kepada RM1.50 daripada RM1.45 pada penutupan semalam, dengan 8.0 juta saham bertukar tangan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan menanggung pampasan kos RM4.2 bilion jika kontrak PDP MRCB George Kent Sdn Bhd bernilai RM31.5 bilion ditamatkan.
Lim juga dilaporkan berkata kerjaan tidak akan melaksanakan tender semula projek itu dan akan meneruskan LRT3 bersama PDP sedia ada dengan kontrak fi tetap.
Pada 2015, operator projek LRT3, Prasarana Malaysia Bhd, melantik MRCB dan George Kent sebagai PDP bagi LRT3, dengan bajet asal sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaa dan RM1 bilion lagi untuk pengambilalihan tanah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Dewan Rakyat
#Lim Guan Eng
#LRT
#Malaysia
#MRCB George Kent Sdn Bhd
#pdp
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan