Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan memberi penekanan terhadap keperluan membangunkan syarikat tempatan ke arah persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk dan perkhidmatan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, syarikat khususnya penerima dana MTDC dari industri yang berbeza juga perlu meningkatkan kerjasama bagi menghasilkan produk dan sistem automasi dalam syarikat masing-masing.
“Kerjasama antara dua syarikat adalah salah satu yang kita galakkan kerana kita mahukan semua penerima dana MTDC bekerjasama antara satu sama lain.
“Perkara ini perlu ditekankan kerana Industri 4.0 adalah cabaran yang perlu dihadapi bersama, kerana kita mahu mengelakkan situasi di mana semua produk dan perkhidmatan kita diimport.
“Syarikat tempatan juga perlu mengadaptasi teknologi seperti menaik taraf peralatan dan mesin bagi mengurangkan pembaziran dan kos, pada masa sama meningkatkan persaingan,” katanya selepas melancarkan program MTDC ReUnites 2018 di Putrajaya baru-baru ini.
Salah sebuah syarikat di bawah MTDC yang terlibat adalah Twistcode Technologies Sdn Bhd, yang menyediakan perkhidmatan sistem pelayan (server) yang mampu memenuhi pelbagai pacuan perkhidmatan (AAAS) daripada analisis genom, pemaparan 3D, simulasi dan seismik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Nurazam Malim Sidik Malim, syarikat itu menyokong Industri 4.0 yang dilihat mampu memacu pembangunan negara.
“Kami perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan dalam persekitaran, khususnya dari segi industri kejuruteraan supaya kami boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
“Apabila kami membentang idea sistem pelayan (server) lebih cekap kepada MTDC, mereka menyambut baik cadangan dan terus melabur,” katanya.
Sementara itu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Gremax, Faizal Ali berkata seiring dengan Industri 4.0, syarikat yang juga menerima dana MTDC itu juga mahu membangunkan teknologi yang dapat mewujudkan persekitaran bandar pintar (smart city).
“Kami sedang membangunkan lampu jalan pintar, yang peka dan boleh menghasilkan kekuatan cahaya bergantung kepada persekitarannya. Ini termasuk memberi maklumat jika ada lampu yang rosak, atau sebagainya.
Kata Faizal, MTDC bukan sahaja bertindak sebagai pemberi dana kepada syarikatnya, tetapi juga memberi nasihat dan membantu membina rangkaian dengan syarikat lain di Malaysia.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dispo-Med (Malaysia) Sdn Bhd N C Leow, MTDC telah memberi banyak bantuan sehingga membolehkan syarikatnya mengembang perniagaan dan eksport ke luar negara.
“Kami adalah pembuat peralatan perubatan dan sudah eksport ke luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Eropah, dan kami sudah bangunkan teknologi automasi dengan kerjasama syarikat tempatan.
“Alat automasi ini sangat membantu kerana kita berdepan masalah mendapat pekerja tempatan, dan teknologi ini sudah banyak membantu kami,” katanya.
Setakat ini, MTDC sudah memperuntukkan RM100 juta tahun ini kepada usahawan dalam bentuk pelaburan supaya syarikat dapat mengembang perniagaan, meningkatkan daya saing untuk menembusi revolusi industri 4.0.
Dania Zainuddin
Tue Jul 03 2018
"Penerima dana MTDC dari industri yang berbeza perlu meningkatkan kerjasama bagi menghasilkan produk dan sistem automasi dalam syarikat masing-masing," kata Norhalim.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #DewanRakyat
Google Malaysia dan Astro AWANI berganding bahu bantu peniaga kecil beralih ke digital
Google Malaysia dan Astro AWANI membentuk kerjasama strategik dalam memacu peralihan perniagaan kecil dan sederhana (SME) tempatan ke arah digital.
MDEC rangka unit AI
Tugas mereka adalah untuk membantu Rangka Kerja AI Kebangsaan yang dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini.
PPSMI: Kerajaan mahu pastikan pelajar bersedia hadapi Revolusi 4.0 - Maszlee
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menjelaskan, ia sekali gus persediaan untuk pelajar Malaysia bersaing di peringkat global.
Perancangan industri automotif budayakan teknologi masa depan - Tun Mahathir
Pendekatan itu berasaskan teknologi tinggi, yang menumpukan kepada pelaburan strategik dalam pembangunan rantaian bekalan tempatan dan peluang-peluang perniagaan baharu yang bersifat inovatif.
Dr Mahathir, Presiden Moon adakan perbincangan di Putrajaya
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, di Perdana Putra, di sini hari ini.
Malaysia di landasan tepat menjadi ekonomi digital sepenuhnya
Kerajaan pimpinan PH mencatatkan kemajuan yang baik dalam menyediakan negara, yang akan menyumbang kepada penerimagunaan teknologi secara lebih luas seperti IoT, pendigitalan dan automasi.
MTDC RAP bantu bangunkan industri robotik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkenalkan Program Pemecutan Robotik (MTDC RAP) khusus bagi kumpulan penyelidik di universiti awam dan swasta.
WEF: Cabaran komuniti ASEAN hadapi Revolusi Perindustrian 4.0
Forum Ekonomi Dunia mengenai ASEAN 2018 (WEF ASEAN) hari ini membuka tirai di Pusat Konvensyen Nasional (National Convention Centre) di Hanoi.
Mimos akan terajui pembangunan kurikulum TVET
Mimos Bhd dijangka menerajui pembangunan kurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi meningkatkan kualiti program dan kebolehpasaran lepasan TVET.
Kadar pengangguran belia di Malaysia rendah - Idris Jusoh
Kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New Zealand dan Australia, kata Datuk Seri Idris Jusoh.