awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2021
08:48 MYT
MTDC meterai perjanjian dengan Real Tech sertai dana VC, teroka teknologi maju
MTDC pada Rabu menandatangani perjanjian dengan Real Tech Holdings Co. Ltd untuk menyertai Real Tech Fund Investment Partnership Global 1. - Foto MTDC
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) pada Rabu menandatangani perjanjian dengan kumpulan dari Jepun, Real Tech Holdings Co. Ltd untuk menyertai Real Tech Fund Investment Partnership Global 1.
Ia merupakan dana modal teroka ditubuhkan untuk melabur dalam syarikat tidak tersenarai di rantau ASEAN dengan teknologi maju.
Perjanjian itu turut memformalkan penyertaan MTDC dalam dana tersebut serta sokongan kepada syarikat penerima pelaburan dalam pelbagai aspek khususnya untuk pengembangan ke pasaran Jepun.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, dengan menyertai dana itu, ia bakal memberi peluang untuk melabur bersama dengan syarikat Jepun dan kumpulan industri berasaskan teknologi yang berpotensi.
“Ini akan memberikan peluang untuk MTDC mencadangkan syarikat berpotensi dalam ekosistem MTDC kepada dana tersebut.
“Ia dijangkakan mewujudkan akses lebih baik kepada syarikat Malaysia yang terpilih berkaitan usaha dan kerjasama di luar negara, khususnya untuk pasaran Jepun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, ia juga akan menarik minat syarikat dari Jepun terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk bekerjasama dalam pelaburan dan pemindahan teknologi.
Sebanyak 10 syarikat besar Jepun menyertai dana tersebut dengan saiz sebanyak US$31 juta dan MTDC menjadi peserta tunggal yang bukan dari Jepun.
Topic Berkaitan
#Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia
#MTDC
#Real Tech Holdings Co Ltd
#ASEAN
#pelaburan
#teknologi
#perjanjian
#Datuk Norhalim Yunus
#Jepun
#Real Tech Fund Investment Partnership Global 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan