awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MYAirline tambah 2 penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu sempena PRN Kelantan

Dagang News
Dagang News
19/07/2023
03:21 MYT
MYAirline tambah 2 penerbangan Kuala Lumpur-Kota Bharu sempena PRN Kelantan
MYAirline berkata penambahan tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan dan memudahkan perjalanan penumpang. - Dagang News
MYAirline menambah dua lagi penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada 11 dan 13 Ogos sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.
Selain daripada empat penerbangan harian sedia ada, MYAirline berkata penambahan tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan dan memudahkan perjalanan penumpang.
Penerbangan tambahan itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada pukul 2:50 petang dan 5:55 petang.
Manakala penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ditetapkan pada pukul 4:20 petang dan 7:25 malam.
“Mereka yang pulang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri Kelantan akan datang tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas atau kembali tepat pada masanya.
“Kami berbesar hati dapat menyokong rakyat Malaysia dan kami berada di sini untuk menyokong mereka semampunya, daripada menyediakan pengalaman penerbangan terkemuka kepada menekankan kebolehpercayaan untuk penumpang kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MYAirline
#PRN
#penambahan penerbangan
#Rayner Teo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan