KUALA LUMPUR: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) mengumumkan lawatan seterusnya ke Jakarta, Indonesia dari 13 hingga 18 November tahun ini.
Lawatan ini susulan pertemuan yang berlangsung pada tahun lepas, yang mana objektif utamanya untuk memupuk hubungan antara kedua-dua negara dan menyegarkan semula industri acara perniagaan.
“Kerjasama teguh kami akan memperkasa kedua-dua negara untuk menyambar segala peluang baharu dengan memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk memperluas inisiatif acara perniagaan kami, merangkumi pengkhususan industri dan usaha niaga sektor swasta.
“Ini akan lebih memperkukuh kerjasama teknikal dan ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia,” kata Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Zain Azrai Rashid.
Lawatan itu nanti bertepatan dengan penyertaan MyCEB dalam Enlit Asia 2023, yang menggariskan komitmennya memeterai hubungan kerjasama berpanjangan di rantau ini.
Biro Nasional akan melihat ke hadapan untuk meneroka jalan baharu bagi kerjasama yang lebih dinamik, bertukar pandangan tentang trend industri serta memudahcarakan perbincangan-perbincangan bermakna dengan para pemegang taruh utama dalam sektor terbabit.
Usaha ini juga digerakkan sebagai susulan daripada Memorandum Kerjasama antara MyCEB, Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) dengan Asosiasi Perusahaan Pameran Indonesia (IECA-ASPERAPI) yang ditandatangani pada 2022.
Memorandum Kerjasama tersebut bermatlamat menghasilkan sesuatu yang ketara yang memanfaatkan kedua-dua negara ketika rantau ini bangkit semula dari dibadai pandemik.
Setahun berlalu, Memorandum tersebut telah membuahkan hasil yang memberi impak, termasuk rangkaian ahli-ahli terkemuka antara ASPERAPI dan MACEOS di Kuala Lumpur, memudahcarakan penerokaan mendalam terhadap cara kerja masing-masing menuju ke hadapan, memberi penekanan terhadap komitmen yang dikongsi bersama untuk kejayaan industri.
“Matlamat misi jualan merangkumi pemeteraian hubungan dengan tokoh terkemuka dalam industri serta kerajaan untuk meninggalkan kesan yang berpanjangan.
“Di samping itu, lawatan tersebut turut bertujuan untuk meningkatkan sektor persidangan dan pameran sambil meneroka peluang untuk pertumbuhan dalam bidang mesyuarat korporat dan insentif.
“Kami berusaha menjalin rangkaian dengan pemimpin tempatan berpengaruh yang punyai potensi untuk melonjakkan perniagaan kami ke tahap yang lebih tinggi,” tambah Zain.
MyCEB turut akan menganjurkan beberapa lagi inisiatif ketika lawatan tersebut, termasuk sesi rangkaian, pertemuan dengan para pemain industri Indonesia dan beberapa lawatan ke venue.
Pihak yang berminat boleh berhubung dengan MyCEB di www.myceb.com.my untuk membuat janji temu atau kerjasama di masa akan datang.