awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran kecam AS-Israel, tegaskan hak terhadap program nuklear damai
DUNIA
Amerika Syarikat adakan rundingan damai dengan Iran
MALAYSIA
Unifi Business bakal lancar program 'Impak Biz', bantu PMKS ukur digitalisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun

Bernama
Bernama
18/05/2023
14:13 MYT
Sponsor Banner
Mydin beli produk PMKS bernilai RM230 juta setahun
Antara usahawan yang terpilih sebagai pembekal Mydin Tunjong sempena Jelajah Halal Malaysia 2023 Kelantan, hari ini. - Bernama
KOTA BHARU: Sejumlah 250 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memasarkan produk mereka di Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) di seluruh negara setakat ini, kata Pengarahnya Datuk Ameer Ali Mydin.
Beliau berkata, daripada jumlah PMKS tersebut Mydin mencatatkan pembelian produk kira-kira RM230 juta setahun membabitkan pelbagai barangan.
"Sebanyak 90 peratus pembelian adalah produk makanan dan minuman kerana ia adalah keperluan harian.
"Tahun ini kita jangka jumlah pembelian produk daripada PMKS ini akan meningkat memandangkan semakin ramai usahawan PMKS sudah mendapat sijil halal dan produk mereka telah dimasukkan ke pasar raya ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Jelajah Halal Malaysia (JHM) 2023 Kelantan, di sini, hari ini.
Ameer berkata bagi negeri Kelantan seramai 10 usahawan yang mempunyai sijil halal memasarkan produk mereka di pasar raya itu dengan jumlah pembelian sebanyak RM25 juta.
Menurutnya, Mydin sentiasa membuka peluang dan komited membantu usahawan PMKS untuk mengembangkan perniagaan mereka.
"Kita memang mengalu-alukan usahawan PMKS memasarkan produk mereka di pasar raya kami. Mereka boleh datang berjumpa dengan kita untuk berbincang," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pada peringkat awal pihaknya akan mencadangkan usahawan terbabit memasarkan produk di pasar raya Mydin yang terdekat terlebih dahulu bagi melihat kemampuan mereka memenuhi permintaan pasaran sebelum meluaskan jualan ke cawangan Mydin yang lain.
Sementara itu, pada majlis jelajah anjuran Halal Development Corporation (HDC) itu sebanyak 16 lagi syarikat PMKS Kelantan diumumkan berjaya memasarkan produk mereka di pasar raya Mydin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYDIN
#PMKS
#Barangan Keperluan
#Ameer Ali Mydin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami