awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib tiba di Bali untuk Sidang Kemuncak APEC

Bernama
Bernama
06/10/2013
23:17 MYT
Najib tiba di Bali untuk Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Ahad bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadual pada Isnin dan Selasa.
Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai berhampiran Denpasar di sini dan ketibaan Najib serta Rosmah disambut Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia Mohammad Nuh, yang bertindak sebagai menteri pengiring.
Turut hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan perdana menteri dan isteri ialah Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Hamzah Zainuddin dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Najib mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak dua hari itu.
Beberapa pemimpin negara anggota APEC dijangka menghadiri sidang kemuncak itu termasuk Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Kanada Stephen Harper.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sudah mengesahkan beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak itu dan akan diwakili Setiausaha Negara John Kerry.
Di luar sidang kemuncak itu, Najib dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari New Zealand John Key dan Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin.
Sidang kemuncak APEC tahun ini bertema 'Ke Arah Daya Tahan Asia Pasifik, Enjin Pertumbuhan Global'.
Najib juga dijadual menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Perkongsian Trans-Pasifik selepas sidang kemuncak APEC pada Selasa.
Topic Berkaitan
#APEC
#Barack Obama
#John Kerry
#John Key
#Najib Tun Razak
#Rosmah Mansor
#Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
#Stephen Harper
#Tony Abbott
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan