awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara boleh raih hasil RM1 bilion sebagai permulaan dengan pengenalan GMT

Bernama
Bernama
06/04/2023
14:45 MYT
Negara boleh raih hasil RM1 bilion sebagai permulaan dengan pengenalan GMT
Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. - Gambar fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata rang undang-undang (RUU) yang berkaitan diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini, Ahmad berkata kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.
Mengenai maklum balas daripada syarikat multinasional yang bertapak di negara ini berhubung pelaksanaan GMT, katanya mereka perlu akur dengan standard antarabangsa selain tiada pilihan lain kerana isu cukai tersebut telah dibincangkan sejak dua tahun lepas.
"Perkara itu (GMT) memang perlu dilaksanakan dan boleh menjadi sumber baharu bagi hasil cukai negara, mungkin selepas diperkenalkan, kita boleh dapat RM1 bilion sebagai permulaan," katanya.
Malaysia secara dasarnya bersetuju melaksanakan GMT sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional. Malaysia antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa tersebut.
Pelaksanaan sistem cukai itu untuk memastikan entiti perniagaan membayar cukai secara adil di negara hos dan mengelak kebocoran cukai.
Mengenai Program Pengakuan Secara Sukarela (PPSS) LHDN sebagai strategi perluasan hasil cukai, Ahmad berkata ia akan dilaksanakan bermula 1 Jun depan dan berakhir pada 31 Mei 2024.
"Program ini dijangka melibatkan sebanyak 50,000 pembayar cukai dengan anggaran kutipan cukai bernilai RM1 bilion," katanya.
Beliau berkata pembayar cukai dinasihatkan untuk ke pejabat LHDN apabila program itu mula dilaksanakan kepada mereka yang layak sebelum aktiviti audit dan siasatan iaitu prosedur biasa LHDN untuk diambil ke atas mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai minimum global
#GMT
#hasil
#Ahmad Maslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan