Skip to main content

Malaysia

Bekas pengarah syarikat telekomunikasi ditahan SPRM

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta.

Suapan itu diberikan kepada presiden merangkap pengarah urusan kumpulan sebuah bank sebagai balasan membantu meluluskan permohonan pinjaman.

Advertisement

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan pada tahun 2012. 

"Beliau disyaki memberi suapan sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman berjumlah kira-kira RM400 juta bagi membiayai sebuah projek fiber optik.

"Suspek dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan dokumen ‘Joint Completion Guarantee’ sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman tersebut," jelas sumber.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur pada Isnin,” katanya.

Must Watch Video