Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Februari 2026.

1. MCMC siasat hantaran ancam, hina kerabat diraja Terengganu

Advertisement

MCMC memaklumkan kandungan itu didapati menyentuh sensitiviti institusi diraja dan mengandungi unsur penghinaan serta ancaman yang berpotensi mencetuskan kebencian, ketegangan awam dan gangguan terhadap ketenteraman negara.


2. 15 Anak ATM tamat Latihan Teknikal LAKSAMANA 3.0

Latihan merangkumi penguasaan teori, prosedur industri, latihan amali serta dokumentasi teknikal, selari keperluan industri berteknologi tinggi seperti minyak dan gas, aeroangkasa, pembinaan dan tenaga.


3. Sultan Kedah perkenan kurnia 1,200 kotak sumbangan

Kurniaan yang berisi barangan keperluan asas diberikan kepada keseluruhan 12 daerah di Kedah, yang mana ia akan diagihkan menerusi Pegawai Daerah masing-masing.


4. Dr Samsuri pengerusi Perikatan Nasional baharu

Naib Presiden Pas, yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada Ahad.


5. KSU sebuah kementerian, beberapa saksi akan dipanggil SPRM berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion

Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.


6. Azam Baki dipanggil beri keterangan isu pemilikan saham Khamis lepas - Shamsul Azri

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Khas Siasatan bagi isu pemilikan sahamnya.


7. Ada tokoh agamawan 'palsu' cuba cetus perpecahan - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menolak politik perpecahan dan tidak terheret dengan isu remeh yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.


8. Bekas pengarah syarikat telekomunikasi ditahan SPRM

Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah kira-kira RM8 juta.


9. Hamzah, 18 Ahli Parlimen sokong Pas terajui Perikatan Nasional

Seramai 19 Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan sokongan terhadap pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.


10. Isu tarif AS: Tunggu penjelasan teliti, baru kita respons - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menunggu penjelasan rasmi dan terperinci sebelum membuat sebarang pendirian berhubung isu tarif melibatkan Amerika Syarikat (AS).

Must Watch Video