Skip to main content

Malaysia

Dua insan tersayang gugur demi negara, pengorbanan yang tidak terbalas - Khaled

61765601075_MohamedKhaledNord.jpg
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pengorbanan keluarga anggota tentera Truper K. Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas sebagai tidak terbalas. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pengorbanan keluarga anggota tentera Truper K. Indiran yang meninggal dunia pada Khamis lepas sebagai tidak terbalas.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata ibu kepada mendiang Indiran, S. Usha bersama keluarga sekali lagi diuji dengan kehilangan insan tersayang yang telah mengabdikan khidmat kepada negara.

Advertisement

Bapa Indiran, Lt Kol C. Kayamboo daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft B200T pada 2016.

"Pengorbanan sebuah keluarga yang menyerahkan bukan seorang tetapi dua insan tersayang kepada tanah air merupakan satu pengorbanan yang tidak akan dapat dibalas mahupun dibandingkan dengan apa jua cara sekalipun," katanya.

Mohamed Khaled turut menzahirkan rasa sedih yang mendalam kepada keluarga mendiang dan memohon rakyat Malaysia agar terus mendoakan mereka supaya kekal cekal serta tabah menghadapi dugaan berat itu.

Pada 18 Feb lepas, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus di Rejimen Pertama Kor Armor Diraja Kem Batu 10 Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Semalam, Mohamed Khaled dilapor berkata tiada unsur penderaan atau buli dikesan dalam kematian anggota tentera berkenaan.

-- BERNAMA
 

Must Watch Video