Penganalisis ekonomi mengekalkan ramalan positif berhubung nilai saham Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) yang dijangka meningkat susulan prestasi kewangan yang baik dalam separuh kedua tahun kewangan kumpulan itu.
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.
Penganalisis dari Macquarie Research, Prem Jeerajasingam berkata, program itu telah menyumbang peningkatan keuntungan sebanyak empat peratus dari suku ke suku untuk Astro.
Tambahnya, pendapatan Go Shop melonjak 52 peratus dari suku ke suku kepada RM145 juta dan menjana keuntungan sebelum cukai pada suku kedua berjumlah RM8 juta.
Penganalisis dari DBS Regional Research, Toh Woo Kim turut senada dan menyatakan pendapatan kumpulan meningkat sebanyak 3.6 peratus suku ke suku sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan barang dagangan dari Go Shop.
Dalam pada itu, penganalisis dari RHB Research, Jeffrey Tan menyatakan pengiklanan di Astro mula menunjukkan tanda pemulihan bermula Jun lepas.
Menurutnya, dengan program tempatan kembali bersiaran, pengurusan merekodkan pemulihan dalam perbelanjaan pengiklanan bermula dari bulan Jun.
Pandangan hampir sama turut dikongsikan penganalisis dari CGS-CIMB, Kamarul Anwar dan Mohd Shanaz Noor Azam yang meramalkan prestasi Astro lebih baik pada separuh kedua tahun kewangan kumpulan.
Jelasnya, ia disokong dengan penjualan iklan dan kutipan bil yang menjadi normal selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan pada Jun 2020.
Astro Awani
Tue Sep 22 2020

Penganalisis ekonomi mengekalkan ramalan positif berhubung nilai saham Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) yang dijangka meningkat susulan prestasi kewangan yang baik dalam separuh kedua tahun kewangan kumpulan.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

Amerika Syarikat kembali sertai rundingan global tangani isu perubahan iklim
Lebih 3,000 saintis antarabangsa akan mendesak para pemimpin dunia untuk bertindak lebih baik demi melindungi manusia daripada impak pemanasan global.

Jadikan dana awam pembiayaan politik sebagai undang-undang negara
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini memberi tiga cadangan untuk merealisasikan penggunaan dana awam bagi parti-parti politik di negara ini.

Akses digital: Inisiatif Cerdik dilancarkan Februari ini
Inisiatif Cerdik yang menyediakan akses digital iaitu komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, atau B40 akan dilancarkan Februari ini.

Politik | Penggunaan dana awam bagi parti politik
Bagi membincangkan mengenai cadangan Bersih 2.0, bersedia secara Skype adalah Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar.

Anwar dakwa kerajaan gagal kawal COVID-19
Tegas Anwar kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

COVID-19: 3,048 jangkitan baharu hari ini, KKM jangka PKP hanya 4 minggu
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan PKPB dilaksanakan selama tiga bulan untuk memastikan jumlah kes baru turun ke dua angka.

COVID-19 | PKPD dilaksanakan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan
Kenyataan media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan.

Kini, bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Cabaran utama bekerja secara remote adalah memastikan perjalanan kerja yang lancar biarpun dengan jumlah pasukan yang agak terhad.

Ingkar PKP: Individu ditahan terus meningkat - Ismail Sabri
Seramai 717 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Nilai saham Astro dijangka meningkat pada separuh kedua 2020 - Penganalisis
Perkembangan positif itu antara lain disumbang oleh program televisyen, Go Shop yang membantu meningkatkan pendapatan kumpulan secara signifikan.

Astro catat pendapatan RM5.5 bil bagi tahun kewangan berakhir 2019
Astro kini sedang melaksanakan kajian strategik dari setiap ruang lingkup perniagaan bagi memastikan kami akan terus efisien dan cekap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.