awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik Pengerusi MQ Tech

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2022
13:27 MYT
Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik Pengerusi MQ Tech
Sebelum ini, Nurulhidayah pernah dilantik bagi memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech pada 2 Jun lalu. - Gambar/ FB Nurulhidayah Ahmad Zahid Official
KUALA LUMPUR: MQ Technology Bhd (MQ Tech) membuat penetapan semula berhubung jawatan pengurusan tertinggi syarikat tersebut dengan pelantikan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai pengerusi yang baharu berkuat kuasa 5 Disember tahun ini.
Menurut laporan media, MQ Tech dalam makluman kepada Bursa Malaysia, turut mengumumkan Pengerusinya, Datuk Lim Char Boo, ditetapkan semula sebagai Naib Pengerusi berkuat kuasa pada hari yang sama.
Sebelum ini, Nurulhidayah pernah dilantik bagi memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MQ Tech pada 2 Jun lalu.
Nurulhidayah merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Antara pengalamannya termasuk berkhidmat sebagai Naib Presiden Komunikasi Korporat (Pengurus Besar) di Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari Disember 2012 hingga April 2016.
Nurulhidayah memegang ijazah komunikasi dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Lincoln University College.
MQ Tech adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nurulhidayah Ahmad Zahid
#Zahid Hamidi
#MQ Tech
#pengerusi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan