KUALA LUMPUR: Oil and Gas Asia (OGA) 2024, pameran perdagangan terbesar bagi industri minyak, gas, tenaga dan kejuruteraan petrokimia di Asia Tenggara dijangka menarik hampir 500 peserta pameran dari 100 negara termasuk 10 pavilion antarabangsa.
Pengurus Besar Negara Informa Markets Malaysia (penganjur OGA 2024), Gerard Leeuwenburg berkata lebih 25,000 hadirin dijangka menghadiri acara tiga hari itu dari 25 hingga 27 September 2024 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
"Tahun lepas kami berjaya mendapatkan hampir 430 pempamer dan kami pasti kami akan mengatasi jumlah dicatatkan tahun lepas," katanya pada taklimat media mengenai acara itu di sini hari ini.
OGA 2023 berjaya merekodkan potensi nilai dagangan kira-kira RM211 juta.
Selain itu, Leeuwenburg juga mengunjurkan potensi nilai dagangan untuk edisi 2024 sekurang-kurangnya mencerminkan sasaran awal 2023, berjumlah RM200 juta.
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.
Bersempena dengan OGA, Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA) sebagai rakan persidangan turut menyelaraskan Persidangan Kelestarian Petrokimia (PSC) 2024 pada 26 hingga 27 Sept 2024.
Mengekalkan tema "Future Ready Petrochemicals" seperti sebelumnya, PSC 2024 berharap untuk mengadakan sesi libat urus dengan 800 perwakilan, 50 penceramah dan mengambil bahagian dalam lebih 18 sesi termasuk ucaptama dan ucapan ketua industri, pembentangan, perbincangan meja bulat, perbahasan dan kes kajian.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PSC, Akbar Thayoob berkata persidangan itu bertujuan untuk memudahkan perbincangan bermakna mengenai peralihan kepada rendah karbon pada masa depan dan menyepadukan teknologi hijau merentasi rantaian bekalan industri.
"PSC 2024 akan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu penyahkarbonan operasi, amalan ekonomi kitaran dan pemboleh yang menyokong peralihan untuk menyokong perjalanan kemampanan.
MPA kekal berdedikasi untuk memajukan sektor petrokimia yang mampan, menekankan peranan industri kami dalam cita-cita karbon bersih sifar dan komited untuk menerajui perbincangan mengenai perubahan iklim dan kemampanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Leeuwenburg (tengah) juga mengunjurkan potensi nilai dagangan untuk edisi 2024 sekurang-kurangnya mencerminkan sasaran awal 2023, berjumlah RM200 juta. - Bernama
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Oil and Gas Asia 2024 jangka tarik 500 pempamer dari 100 negara
OGA 2024 akan menjadi edisi ke-20, ia bermula pada tahun 1987 sebagai pertunjukan dwitahunan.