KUALA LUMPUR: Pada 19 Oktober 2023 lalu, OPPO, jenama peneraju peranti pintar dunia, melancarkan dua produk terbaharu ke pasaran global - Find N3 Flip dan Find N3.
Kedua-dua telefon pintar lipat ini meletakkan penanda aras baharu dalam kategorinya, menjanjikan pengalaman baharu merentas aspek pengimejan, reka bentuk, dan kebolehgunaan buat pengguna.
“Matlamat kami di OPPO adalah untuk mencipta yang terbaik, dan itulah yang kami lakukan dengan Find N3 Flip dan Find N3.
“Dua telefon ini sedia untuk memperkasakan kreativiti, produktiviti, dan ekspresi diri, membuka kunci kepada tahap baharu keunggulan telefon lipat,” kata Ketua Pegawai Produk OPPO, Pete Lau.
OPPO Find N3 Flip
Find N3 Flip merupakan kamera pintar lipat pertama dengan tiga kamera dan juga yang pertama dengan lensa telefoto.
Kamera Lebarnya bersensor besar, beresolusi tinggi 50MP, dan lensa pantas aperture f/1.8 dipadankan dengan penstabilan imej OIS membolehkannya menangkap gambar yang cukup terperinci dan jelas, walau dalam gelap dan persekitaran mencabar.
Kamera Ultra Lebarnya mempunyai medan pandangan 115º dan lensa aperture f/2.2 48MP dengan autofokus, mampu mengambil gambar makro yang unggul dengan pemfokusan sedekat 4cm.
Kamera Telefotonya pula beresolusi 32MP, dilengkapi keupayaan zoom optikal 2x untuk panjang fokus yang terbaik buat gambar potret. Digabung dengan Mod Potret Hasselblad, ia dapat menghasilkan potret sempurna.
Apabila dilipat separuh, Mod Flexform akan diaktifkan yang membolehkan gambar diambil dari pelbagai sudut, terbaik untuk shot selfie dan berkumpulan dengan ciri swafoto ultra lebarnya.
Skrin depan Find N3 Flip memaparkan lebih notifikasi dan tetapan segera dengan paparan yang lebih lebar. Ia juga menyokong aplikasi pihak ketiga, jadi kesemuanya boleh digunakan sama ada telefon dibuka atau ditutup.
Dari segi fizikalnya pula, engsel Flexion Hinge Find N3 Flip telah ditambah baik, menggunakan plat dwi-geseran dengan bahan bergred pesawat yang menjadikannya 25 peratus lebih kuat, juga bebentuk titisan air untuk lipatan yang lebih kemas dan lancar.
Find N3 Flip dikuasakan sistem pengoperasian ColorOS 13.2, dengan bateri 4300mAh membolehkan ia bertahan selesa sepanjang hari. Dengan penilaian IPX4, usah risau tentang percikan air.
Hadir dalam tiga warna, Sleek Black, Misty Pink dan Cream Gold, ada Find N3 Flip yang sesua dengan gaya anda. Ia juga boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori mengikut kesesuaian pelbagai penampilan dan majlis yang berbeza.
OPPO Find N3
Telefon pintar lipat memanjang ini juga tampil dengan tiga kamera berkuasa yang dibina dengan kerjasama Hasselblad - kamera lebar 48MP, kamera ultra-nipis telefoto periskopnya 64MP f/2.6; dan fotografi potret dengan Mod Potret Hasselblad.
Dua skrin andalannya adalah yang paling jelas dan terang berbanding mana-mana telefon pintar lipat. Kali ini ia lebih tinggi, 6.3” untuk skrin luar dan 7.8” skrin tidak dilipat. Bila dilipat, Find N3 merupakan telefon pintar tradisional, dan bila dibuka, ia menjadi tablet.
Digerakkan Android 13 dengan ColorOS 13.2, Find N3 merupakan sebuah komputer di tapak tangan, mempelopori ciri ‘Boundless View’ yang membolehkan tiga aplikasi dibuka serentak untuk kemudahan ‘multitasking’.
Seperti Find N3 Flip, engsel Flexion Hinge Find N3 juga lebih tahan lasak. Di samping tahan air IPX4, Find N3 adalah telefon pertama yang diuji tahan sehingga 1 juta lipatan oleh TÜV Rheinland.
Tiga pembesar suara hebat membolehkan bunyi stereo, 30 peratus lebih kuat daripada pesaing utamanya, dengan penghasilan semula 100 peratus bass unggul untuk bunyi yang lebih kaya dengan Spatial Audio.
Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform, ia memberi prestasi 35 peratus lebih baik dan lonjakan 40 peratus kecekapan keseluruhan, dengan simpanan 512GB UFS 4.0 serta 16GB LPDDR5X RAM.
Bateri 4800mAh memastikan ketahanan sepanjang hari, dan pengecasan pantas 30 minit untuk 80 peratus kuasa bateri dan 100 peratus hanya dalam 42 minit.
Find N3 tampil dengan rekaan premium dan elegan pada ketebalan 5.8mm bila dibuka dan 11.7mm bila ditutup, boleh didapati dalam dua warna: Champange Gold (kemasan kaca), dan Classic Black (kemasan kulit vegan).
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO.
Israr Khalid
Mon Oct 23 2023
OPPO Find N3 Flip dan Find N3, telefon lipat terbaik dalam pasaran.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Oppo, Nokia tamatkan pertikaian dengan tandatangani perjanjian paten
Nokia menyatakan dengan perjanjian ini, ia sekali gus membawa kepada kestabilan perniagaan pelesenan paten mereka.
Jenama besar minat bekerjasama dengan pelukis Malaysia, Indonesia
Pelukis Indonesia, Ronald Apriyan antara yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama telefon pintar terkemuka dari China iaitu Oppo.
Inovasi baru Oppo F11 Pro bantu pengguna rakam potret malam lebih jelas
Dianggap sebagai telefon pintar terkini yang melengkapkan citarasa pengguna, Oppo F11 Pro kini berada di pasaran dengan harga jualan RM1,399.
Neelofa, satu-satunya hijabista Malaysia hadiri Victoria's Secret Show
Neelofa menjadi selebriti pertama Malaysia yang dijemput menghadiri pertunjukan fesyen Victorias Secret di Shanghai semalam.
MARA Digital Mall diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan - Ismail Sabri
MARA Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.
Operasi MARA Digital Mall baru seminggu, bukan pengukur tidak berjaya - Ismail Sabri
Kerajaan menegaskan pengoperasian MARA Digital Mall yang baru seminggu, tidak sepatutnya dijadikan ukuran bahawa pusat pengedaran barangan digital itu tidak berjaya.