Skip to main content

Teknologi

Peserta Google Meet kini boleh buka fail terus ketika pembentangan

Google Meet memperkenalkan kemas kini yang membolehkan peserta membuka dokumen dibentangkan secara terus melalui paparan pautan fail di skrin. -Foto Amanz
Google Meet memperkenalkan kemas kini yang membolehkan peserta membuka dokumen dibentangkan secara terus melalui paparan pautan fail di skrin. -Foto Amanz

Ringkasan AI

  • Google Meet memperkenalkan kemas kini yang membolehkan peserta membuka dokumen dibentangkan secara terus melalui paparan pautan fail di skrin.
  • Kemas kini ini menawarkan kawalan baharu kepada pembentang untuk berkongsi pautan dokumen dan melaraskan kebenaran akses fail tanpa meninggalkan panggilan video.
  • Ciri ini dilancarkan secara berperingkat mulai 18 November dan tersedia untuk semua pelanggan Google Workspace serta pengguna akaun Google peribadi.
Advertisement

MOUNTAIN VIEW: Google Meet memperkenalkan kemas kini baharu yang membolehkan peserta membuka dokumen yang sedang dibentangkan secara terus menerusi paparan pautan fail pada skrin tanpa perlu menunggu pautan dikongsi secara manual di ruang sembang, lapor Amanz.

Langkah itu membolehkan peserta merujuk serta menyemak fail Google Docs, Sheets atau Slides yang digunakan dalam pembentangan dengan lebih lancar semasa atau selepas mesyuarat, sekali gus mengurangkan gangguan terhadap aliran perbincangan.

Menerusi kawalan baharu pada bar alat pembentangan dalam platform sidang video itu, pembentang diberikan tiga pilihan pengurusan dokumen bagi meningkatkan kecekapan mesyuarat dalam talian.

Advertisement

Pembentang boleh memilih sama ada mahu berkongsi pautan dokumen sekali sahaja menerusi fungsi Share File Link, atau membolehkan pautan fail dipaparkan secara automatik kepada peserta bagi setiap dokumen yang dibentangkan menerusi Always Share File Chip.

Google Meet turut memudahkan urusan apabila membolehkan pembentang melaraskan kebenaran akses fail menerusi pilihan Update File Access tanpa perlu membuka tab Google Drive atau meninggalkan panggilan video.

Advertisement

Bagaimanapun, perkongsian pautan semata-mata tidak mengubah tetapan privasi fail secara automatik.

Bagi menjaga privasi pengguna, ciri itu dimatikan secara lalai dan perlu diaktifkan sendiri oleh pembentang ketika sesi pembentangan berlangsung.

Menurut Google, ciri baharu itu diperkenalkan secara berperingkat mulai 18 November bagi domain Rapid Release, manakala pelancarannya untuk domain Scheduled Release (pelancaran berjadual) dijadual bermula 9 Disember.

Ia tersedia kepada semua pelanggan Google Workspace, pelanggan Workspace Individual serta pengguna akaun Google peribadi.

Must Watch Video

Advertisement